Monday, September 23, 2013

Sesuatu perhubungan itu umpama sebuah GELAS KACA

Posted by Unknown at 11:01 AM

Sesuatu perhubungan itu umpama sebuah GELAS KACA.
Gelas kaca yang dibuat dengan baik dan cantiknya.
Diperbuat dari bahan2x kerinduan yang berkualiti,
Dikukuhkan dengan proses pembuatan kesetiaan yang teliti,
Diukir dengan hiasan2x kasih sayang yang indah,
Dan dihiasi dengan bunga2x cinta yang kembang mekar.

Gelas kaca itu begitu cantik apabila dipandang dari mata kita,
juga apabila dipandang dari hati kita.
Tapi jatuhnya gelas kaca ini dari atas almari perhiasan penipuan, kebosanan dan kecurangan,
Akhirnya gelas kaca yang bahagia dan indah ini,
hancur berkecai bersama janji2x yang terukir kini terlerai.
Walaupun gelas kaca ini dicantumkan kembali dengan gam2x kemaafan,
Tapi gelas kaca ini tak secantik dan seindah dulu.

Dulu lain, sekarang lain dan selama2xnya akan lain.
Jadi, hargailah sesuatu perhubungan itu,
Kerana apabila ia putus,
Ia tak akan sama seperti dahulu.
Take note ^^ 

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea