Sunday, September 15, 2013

Tatkala Si Gadis Sabah Berceloteh

Posted by Unknown at 2:12 PM
Bestnya bah kan, kalau hari2x dapat berhubung dengan orang yang kita sayang seberapa lama yang mungkin. Bercerita tanpa rasa jemu. Bercerita tentang macam2x perkara.
Tapi kan, bagi aku lagi best kalau kita jarang2x berhubung dengan orang yang kita sayang. Sebab pa? Sebab kan, kita boleh rindu2x dengan dia. Cewwahh ^^
Baru tu, kita dapat kumpul banyak2x cerita untuk kita ceritakan kepada dia. Baru best, cerita banyak dan masa untuk kita bercerita dengan dia pun lama. Lama sangat. Kalau boleh tak mahu berhenti. huhu ^^
Tapi kan, jangan lah bah juga terlampau jarang sangat berhubung. Seksa juga bah tu merindu. Sekali sekala, okay jugalah. Ar ada yang tak best. Tak best sangat. Hmm 
Bila dah jarang berhubung tu, banyak lah bah kan yang mahu dicerita tapi ini lain pula. Macam makin jauh pula sudah. Semua pun tak mau bercerita, tiada pun yang mahu dicerita, macam dua2xnya baru mahu berkenalan. Ya, berkenalanlah sangat kan?
Baru tu disoal satu, dijawabnya juga satu. Baru tu kan kalau tiada yang mahu disoal atau dijawab kan, dua2xnya diam. Lepas tu habis sudah cerita.
Padahal, waktu ni lah yang patut dimanfaatkan untuk sesi bercerita, meluahkan dan yang paling penting sesi melepaskan rindu yang menggunung mengalahkan ketinggian Gunung Everest setelah sekian lama tidak berhubung antara satu sama lain.
Huh, tapi kejadiannya, lain pula yang terjadi. Macam orang yang baru mahu berkenalan, malu2x untuk bercakap antara satu sama lain. Macam orang mahu bergaduh pun ada juga.
Aish, susahnya bah begini. Mahu menangis pun ada juga. Ar bukan mahu, tapi memang menangis dah pun.
Hmm, bah takpalah bah. Aku okay Aku dah besar.
Aku harap kau pun okay juga. InsyaAllah ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea