Thursday, September 26, 2013

Cinta (part ii)

Posted by Unknown at 2:17 PM

Cinta adalah anugerah yang terindah daripada Allah kepada kita.
Jika manusia dapat menilai kesucian dan menghargai pemberian Allah ini.
Dan tidak mencemarkan anugerah ini dengan membawa cinta ini ke jalan yang hina.

Cinta ini amatlah mulia dan amatlah bermurah hati,
kerana cinta ini tak pernah meminta,
tapi selalu memberi.
Memberi dengan seikhlas mungkin tanpa mengharapkan balasan.

Cinta ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu :
1) Cinta atas Fitrah : lahir didalam hati manusia tanpa dipaksa, terpaksa atau kerana ingin mendapatkan sesuatu itu.
2) Cinta atas Nafsu : lahir didalam hati manusia kerana dipaksa, terpaksa dan kerana ingin mendapatkan sesuatu itu.

Percayalah,
Bercinta atas cinta Fitrah itu, insyaAllah akan kekal.
Manakala, bercinta atas Nafsu itu, insyaAllah takkan kekal.

Cinta tak semestinya memiliki si dia,
Cinta tak semestinya hidup bersama si dia,
Cinta tak semestinya bahagia bersama si dia.

Tapi cinta adalah sentiasa bersedia merelakan pemergian si dia demi kebahagiaannya.
Cinta adalah sentiasa ingin berbagi kasih sayang si dia dengan orang lain.
Cinta adalah pengorbanan kita untuk dia dan kegembiraannya.

Cinta sebenar adalah cinta kerana cinta Allah ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea