Saturday, September 21, 2013

Bunga ini (aku)

Posted by Unknown at 3:34 PM

Aku adalah umpama bunga yang sentiasa mekar,
dibajai dengan benih2x kasih sayangnya,
disirami dengan hujan2x cintanya,
dipagari dengan dedaunan kerinduan terhadapnya,
dan ditemani dengan sinaran kesetiaan kepadanya.

Tapi sayang, bunga ini terkadang sentiasa dilukai dengan duri2x penipuan dan bisa2x yang dilemparkan ke kelopak hati ku dan terkadang selalu disisihkan apabila si kumbang bertemu dengan bunga2x yang lain.
Namun, bunga ini harus tabah dan terus berdiri seiring dengan airmata embun yang dititiskan olehnya kerana airmata embun itu menguatkan akar kekuatannya untuk terus berdiri.

Bunga ini sentiasa berharap agar kumbang yang dinanti akan kembali kepadanya,
dan membawa bersama pelangi yang indah,
bersama bulan yang dipagari bintang,
juga berharap agar hubungan si kumbang dan si bunga ini akan kembali mekar semula seperti dahulu.

InsyaAllah, PASTI ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea