Tuesday, September 17, 2013

Jodoh

Posted by Unknown at 10:16 AM

Jodoh itu rahsia Allah,
Jodoh itu milik Allah,
Jodoh itu hak mutlak Allah.

Sekuat mana kita menolak dia, jika dia jodoh kita, dia akan tetap jodoh kita.
Dan sekuat mana pun kita menginginkan dia, jika dia bukan jodoh kita, dia akan tetap bukan jodoh kita.
Seteruk mana kita bergaduh dengan dia, kalau dia jodoh kita, dia akan tetap jodoh kita.
Dan sebaik mana pun kita dengan dia, kalau dia bukan jodoh kita, dia akan tetap bukan jodoh kita.

Sejauh mana jarak kita dengan dia, jika dia jodoh kita, dia akan tetap jodoh kita.
Dan sedekat mana pun jarak kita dengan dia, jika dia bukan jodoh kita, dia akan tetap bukan jodoh kita.
Rapuh mana hubungan kita dengan dia, kalau dia jodoh kita, dia akan tetap jodoh kita.
Dan kukuh mana pun hubungan kita dengan dia, kalau dia bukan jodoh kita, dia akan tetap bukan jodoh kita.

Singkat mana kita kenal dengan dia, jika dia jodoh kita, dia akan tetap jodoh kita.
Dan lama mana pun kita kenal dengan dia, jika dia bukan jodoh kita, dia akan tetap bukan jodoh kita.
Jarang mana kita berhubung dengan dia, kalau dia jodoh kita, dia akan tetap jodoh kita.
Dan selalu mana pun kita berhubung dengan dia, kalau dia bukan jodoh kita, dia akan tetap bukan jodoh kita.

Percayalah, kita dilahirkan adalah untuk berpasang-pasangan.
Jodoh kita masing2x sudah tercatat di Luh Mahfuz.
Kita hanya perlu berdoa kepada Allah supaya dikurniakan jodoh yang baik.

" Lelaki dan perempuan yang baik adalah untuk perempuan dan lelaki yang baik.
Dan lelaki dan perempuan yang tak baik adalah untuk perempuan dan lelaki yang tak baik juga"

P/s : Jangan pernah KETERLALUAN dalam menyayangi seseorang , BERPADA-PADALAH kerana semua perasaan itu juga hak Allah ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea