Thursday, September 19, 2013

Marah

Posted by Unknown at 2:01 PM

Kawal marah kamu,
Jangan biarkan marah itu menguasai kamu.
Sesungguhnya marah itu adalah sebahagian daripada sifat syaitan dan merupakan salah satu perkara yang boleh membinasakan kita.
Jika terasa ingin marah, cepat2xlah beristighfar.
Sesudah itu, cubalah bertenang dan fikirkan apa yang menyebabkan kita marah.
Selalulah siasat dulu,
dengar dulu penjelasan orang,
jangan main terjah ja marah orang.
Fikirkan juga perasaan orang lain.
Jangan terlalu ikut perasaan marah tu.
kelak nanti memakan diri.

3 pesanan untuk korang.
1) kalau marah tu, jangan lah bah cakap perkataan2x yang kurang baik. Tak bagus tu.
2) kalau marah kat orang lain tu, jangan lah pula lepaskan mrah tu kat orang lain. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, dan jangan kerana marah kat orang lain, orang lain pula yang kena.
3) jangan marah tak bertempat. Suka hati ja marah orang. Berpada2xlah. Sendiri mahu ingat.

Dan, dan dan dan.
Sentiasalah berfikiran positif, orang marah kat kita bukan kerana dia benci kita tapi kerana dia sayang kita. Dia marah kat kita sebab dia tak tahu macam mana nak tunjukkan sayangnya kat kita. hah, sebab tu lah dia marah.

Huhu ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea