Monday, September 23, 2013

Terkadang aku lebih suka

Posted by Unknown at 5:15 PM

Terkadang aku lebih suka untuk tidak mengenali sesiapa pun,
Kerana aku tak nak merasa pahitnya perpisahan itu.

Terkadang aku lebih suka berjalan didalam hujan,
Kerana aku tak nak sesiapa pun yang tahu bahawa aku sedang menangis.

Terkadang aku lebih suka bersendirian,
Kerana aku tak nak sesiapa pun yang tahu tentang kelukaan dan kesakitan yang sedang aku rasai saat ini.

Terkadang aku lebih suka berada didalam kegelapan,
Kerana aku tak nak sesiapa pun yang tahu bahawa aku sudah pun mati.

Dan terkadang aku lebih suka berada di alam khayalan daripada harus berada di alam nyata,
Kerana sesungguhnya kenyataan itu amat menyakitkan.

P/s : apa2x pun, aku terima ketentuanNya dan aku syukuri nikmatNya    ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea