Saturday, September 21, 2013

Maka ucaplah

Posted by Unknown at 3:03 PM

Jika kita buat salah kat orang lain,
maka ucaplah "MAAFKAN AKU" kat orang itu.
Kerana sesungguhnya darjat orang yang meminta maaf,
lebih tinggi daripada orang yang memberi maaf.

Jika kita sayang kat seseorang itu tapi kita takut dia lupakan kita,
maka ingatkanlah dan ucaplah "TAK PERNAH SESAAT PUN AKU MELUPAKAN KAMU" kat dia,
supaya dia juga tak melupakan kita.

Jika kita sudah lama tidak berhubung dengan orang yang kita sayang,
maka ucaplah "DIA SIBUK TU" kat diri sendiri.
Sentiasalah berfikiran positif terhadap dia.

Jika orang yang kita sayang sudah tidak mempunyai perasaan lagi kat kita,
maka ucaplah "BERHENTI BERHARAP" kat diri sendiri,
supaya nanti kita takkan terjatuh dengan teruknya.

Jika kita merindui seseorang itu,
maka ucaplah "SESUNGGUHNYA AKU MERINDUI DIA, SAMPAIKANLAH SALAM RINDU KU UNTUK DIA" kat Allah.
InsyaAllah, sampai juga tu salam rindu kita kat dia.

Dan jika seseorang itu meninggalkan kita,
maka ucaplah "ALHAMDULILLAH" kat diri sendiri,
kerana kita sudah terlepas daripada orang yang tak tahu nak menghargai kita.

huhu ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea