Sunday, September 22, 2013

Mengumpat???

Posted by Unknown at 4:37 PM

Islam amat melarang orang yang suka mengumpat dan mengata.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :
"Jauhkanlah dirimu daripada mengumpat dan bergunjing kerana ia lebih jahat daripada zina. Seorang yang berzina jika ia bertaubat maka Allah mengampuninya. Tetapi apabila orang yang mengumpat takkan diampuni oleh Allah sebelum orang yang diumpatnya itu mengampuninya (memaafkannya) "

Mengumpat tidak terbatas pada lisan sahaja. Termasuk juga dalam umpatan itu dari perbuatan seperti isyarat dengan tangan dan mata, tunjukkan, tulisan, gerak-geri dan apa2x yang memberi pengertian akan apa yang dimaksudkan seperti peniruan. Seperti berjalan dengan membuat pincang2x atau sebagaimana orang itu berjalan. Maka itu dikira sebahagian daripada umpatan bahkan lebih berat dari umpatan kerana yang demikian lebih besar kesannya pada menggambarkan dan memberi pengertian.

Saidatina Aisyah berkata,
" masuk ke tempat kami seorang wanita. Sewaktu dia berpaling, lalu aku isyaratkan dengan tanganku bahawa wanita itu pendek. Lalu Rasulullah SAW bersabda : " engkau telah mengumpatnya "

P/s : jika dulu kita tak tau pasal mengumpat ini, insyaAllah Allah akan mengampuni kita.
Sekarang kita dah tahu, jadi jangan mengumpat lagi.
Jangan mulakan, jika dah mulakan, maka hentikanlah.

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea