Sunday, October 13, 2013

Cinta (part iii)

Posted by Unknown at 1:14 PM 0 comments
Nak cari cinta sebenar,
Maka carilah cinta ALLAH.
Kerana hanya cinta ALLAH sahaja yang sebenar.

Tiada cinta yang suci selain cinta ALLAH,
Tiada cinta yang sejati selain cinta ALLAH,
Dan tiada cinta yang kekal selain cinta ALLAH.

Kejar cinta ALLAH jika ingin mengejar cinta hamba-hambaNYA,
Dan cintailah hamba-hambaNYA kerana cinta ALLAH,

Cinta yang bersyurgakan cinta ALLAH amatlah membahagiakan berbanding dengan cinta manusia yang kebanyakannya hanyalah menderitakan.
Cinta yang berpandukan cinta ALLAH adalah cinta real berbanding dengan cinta manusia yang kebanyakannya hanyalah palsu semata.
Dan cinta yang berpetunjukkan cinta ALLAH adalah cinta yang terhindar daripada terpesong dari jalanNYA berbanding dengan cinta manusia yang kebanyakkannya membawa ke jalan yang hina.

Ingatlah,
Tiada cinta yang high class selain cinta ALLAH,
Tiada cinta yang terbaik selain cinta ALLAH,
Dan tiada cinta yang mengujakan selain cinta ALLAH.

Kejarlah cinta mu kerana ALLAH,
InsyaAllah,
Cinta ALLAH kita dapat Cinta si dia pun kita dapat ^^

Sahabat

Posted by Unknown at 12:05 PM 0 comments

Sahabat bukan satu tapi berjuta,
Sahabat bukan untuk diguna tapi untuk dijaga,
Sahabat bukan untuk dimusuhi tapi untuk disayangi,
Sahabat bukan untuk sementara tapi untuk selamanya,
Sahabat bukan untuk dilupakan tapi untuk diingati,
Sahabat bukan untuk ditinggalkan tapi untuk dirindui,
Sahabat bukan hanya disini tapi hingga hujung nyawa.

Sahabat adalah orang yang sentiasa dan selalu ada untuk kita,
Ada dimana-mana,
Bila-bila masa,
Dan ketika kita memerlukan mereka.

Sahabat membetulkan kita dikala kita salah,
Sahabat mengajar kita dikala kita tidak tahu,
Dan sahabat memimpin kita ke jalan ALLAH dikala kita tersesat.

Berapa lama kita kenal?
Sehari atau setahun,
Bukanlah penghalang untuk kita bersahabat,
Berapa jauh jarak antara kita?
Dikutub utara atau selatan,
Bukanlah pemisah untuk kita bersahabat.

Bersahabat kerana ALLAH,
Ikhlas kerana ALLAH,
InsyaAllah, akan kekal,
Menjadi sahabat selamanya,
Didunia juga diakhirat.
Aamiinn ^^



Thursday, October 10, 2013

'dia'

Posted by Unknown at 5:18 PM 0 comments


'dia' 
Tak seperti mereka,
Tak secantik mereka,
Tak sebaik mereka,

'dia'
Banyak sangat kekurangannya,
Banyak sangat kelemahannya,

'dia'
Selalu buat orang yang 'dia' sayang marah,
Selalu buat mereka sakit hati,
Selalu menyusahkan mereka,

'dia'
Ingin meminta maaf,
Sejujurnya, 'dia' sayang sangat kat semua orang yang 'dia' sayang,
Terutamanya DIA, capital S :)

LYSM "abg" ^^

Kehidupan SINGLE

Posted by Unknown at 5:12 PM 0 comments


Kehidupan single memang sepi,
Kehidupan single memang sunyi,
Dan kehidupan single memang hambar.

Disaat kita bersedih, tiada tempat mengadu.
Disaat kita gembira, tiada tempat berkongsi,
Disaat kita terjatuh, tiada yang bangunkan,
Dan disaat kita ingin bangkit, tiada yang bagi dorongan.

Segala-galanya tidak sempurna,
Segala-galanya kucar kacir,
Segala-galanya tidak menjadi.

Ingin sahaja aku meluahkannya,
Ingin sahaja aku melepaskannya,
Dan ingin sahaja aku mengeluarkannya.

Meluahkan apa yang aku rasa,
Melepaskan apa yang terbuku,
Dan mengeluarkan apa yang terpendam.

Terasa sakit sangat,
Bila bersendirian,
Tanpa hadirnya seseorang untuk menggembirakan kita.

Menangis tatkala sendiri,
Mengenangkan keadaan diri yang tak berteman,
Sayu sangat hati ini.

Siapa yang tahu?
Siapa yang mengerti?
Dan siapa yang setia menemani?

Ya, hanya ALLAH.

Itulah single,
Walaupun begitu, ALLAH sentiasa ada untuk kita.

Ubah persepsi,
Jangan bersedih, Berbahagialah.
InsyaAllah,
Kebahagiaan akan datang kedalam hidup kita,
Suatu hari nanti,

InsyaAllah, Aamiinn :')

Tuesday, October 8, 2013

Penangan FACEBOOK

Posted by Unknown at 12:03 PM 0 comments
Semuanya bermula disini,
Aku dan dia sama2x SIGN IN untuk LOG IN kat FACEBOOK,
Selepas itu masing2x SET UP PROFILE sendiri,
Alhamdulillah, dah COMPLETE 100%,
Suatu hari, aku dan dia jalan2x kat HOME,
Tiba2x aku dan dia terserempak kat satu PAGE ni,
Kami berdua saling berbalas COMMENT,
Tak lama lepas tu,
Dia ADD aku dan aku mengAPPROVEnya,
Alhamdulillah, kami kini jadi FRIEND,

Dari situ, kami mula berCHATTING untuk mengenali antara satu sama lain,
Kami akan berbalas INBOX jika salah seorang dari kami OFFLINE,
Aku dan dia selalu UPDATE STATUS dan terkadang mengUPLOAD PICTURE masing2x bila kami berdua ONLINE,
RELATIONSHIP antara kami semakin rapat,

Hinggalah suatu hari,
Aku NOTIFICATIONkan perasaan ku kat dia,
Alhamdulillah, dia CONFIRMkan juga,
Kini kami berdua IN A RELATIONSHIP,
TIMELINE semakin berlalu,
Hubungan kami semakin kukuh,
Kerana kami selalu UPGRADEkan SETTING dan PRIVACY hati masing2x,
Oleh kerana aku dah ENTER kat hati dia,
Dan dia juga dah ENTER kat hati aku,
Kami masing2x menguatkan SECURITY hati masing2x,
bagi mengelakkan hati kami diHACKED,
Kami berkongsi segala2xnya dan saling HELP antara satu sama lain,
Tapi itu dulu, NOT NOW,
Aku ingin sangat SHARE semua perasaan aku kat dia yang aku LIKE,
Tapi tak boleh dah kerana aku dah diREMOVE dari hatinya,
Disebabkan terlalu banyak diEDITED penipuan antara kami,
Kini kisah kami berdua menjadi HISTORY,
Aku tak akan DELETE semua kenangan bersama dia,
Walaupun kami berdua dah LOG OUT dari hati masing2x,
Akan ku SAVE buat selamanya,
Kerana aku masih menyayanginya dan akan selalu menantinya,
Aku SINGLE untukmu,

The End ^^

Luahan Hati Si Hawa untuk Si Adam

Posted by Unknown at 11:42 AM 0 comments

Kehadiran mu satu anugerah,
Mengenali mu satu kesyukuran,
Menyayangi mu satu kebahagiaan,
Merindui mu satu kemanisan,
Menanti mu satu kesabaran,
Dan meninggalkan mu satu KEBODOHAN.

Mungkin cinta KITA sudah MATI,
Tapi cinta ku pada mu takkan MATI,
Kerana ku masih mencintai dan menyayangi mu.

Akan ku simpan perasaan ini kemas2x didalam kotak hati ku,
Akan ku lupakan rasa ini buat seketika untuk mu,
Dan akan ku tebus semula perasaan ini setelah AKAD menghalalkan kita.

Bukan ku tak mahu menerima kau balik,
Bukan ku menolak kehadiran mu kembali,
Dan bukan niat ku melukakan kau.

Tapi sebenarnya aku takut,
Bukan aku takut dikecewakan,
Tapi aku takut mengecewakan kau lagi.

Percayalah,
Kau tak akan pernah MATI,
Dan akan selalu HIDUP,
bersama perasaan yang aku tinggalkan untuk mu dihati ini.

Aku iringi kau dengan DOA ku,
Semoga kau sentiasa dan akan selalu ceria dan tersenyum bersama orang2x yang menyayangi kau dan bersama orang2x yang kau sayang walaupun kita tak bersama lagi.
Jujur, aku sakit sangat bila tak dapat bersama kau lagi.

P/s : lalui hari2x mu dengan senyuman.
Tinggalkan tangisan mu,
kejarlah kebahagiaan dan kejayaan mu,
Yakin dan percayalah,
Jika kau dan aku ditakdirkan untuk bersama semula,
Kita akan bersatu kembali juga tu,
InsyaAllah ^^

Friday, October 4, 2013

Kebangkitan Sumandak Sabah

Posted by Unknown at 5:52 PM 0 comments


Umurku masih muda lagi,
Boleh dikatakan belum matang lagi,
Perjalanan ku masih panjang,
Banyak lagi yang sedang menanti aku di hadapan sana.

Kenapa perlu aku bersedih sedangkan aku punyai kegembiraan yang besar iaitu ALLAH?
Kenapa perlu aku lemah sedangkan aku punyai kekuatan yang hebat iaitu ALLAH?
Kenapa perlu aku rasa keseorangan sedangkan aku punyai peneman setia iaitu ALLAH?
Dan kenapa perlu aku menagih kasih daripada orang yang tak sudi sedangkan aku punyai seorang yang ikhlas menyayangi aku iaitu ALLAH?

Setiap hari kau lalui,
Setiap hari aku tempuhi,
Dan setiap hari aku jalani.
Bukan dia tapi ALLAH.
Kekasihku yang setia menemani aku.

Disetiap tangisan ku, ALLAH ada.
Disetiap lemahnya aku, ALLAH ada.
Dan disetiap kejatuhan ku, ALLAH ada.

YA, ALLAH temanku.

Apakah aku masih perlu bersedih kerana si dia meninggalkan aku?
Apakah aku masih perlu terseksa kerana si dia tidak mempedulikan aku lagi?
Dan apakah aku masih perlu merana kerana si dia tidak menyayangi aku lagi?

TIDAK, kerana aku ada ALLAH sebagai kekasi setia ku.

Aku tak perlukan si dia yang tak menyayangi kau lagi,
Aku tak perlukan si dia yang tak mempedulikan aku lagi,
Dan aku tak perlukan si dia yang tak menghargai aku.

CUKUP, CUKUP sahaja aku punyai ALLAH.

Aku gembira kerana ALLAH,
Dan aku bahagia kerana ALLAH.

ALLAH kekuatan ku,
ALLAH kegembiraan ku,
ALLAH kebahagiaan ku,
Dan ALLAH juga kebangkitan ku.

YA, aku perlu bangkit meniti hari2x ku,
Mengharungi perjalanan ku,
Dan menempuhi halangan ku.

Aku tak perlu takut kerana aku ada ALLAH,
Aku perlu melupakan si dia yang telah melupakan aku,
Dia bahagia aku juga boleh bahagia.
Tiada lagi tangisan yang ada hanyalah senyuman.

Aku bangkit kerana MU ya ALLAH.
Bantulah aku,
Pimpinlah aku,
Kekasih sejatiku,
Teman sejatiku,
Sahabat setiaku.

Hanya KAU, ALLAH.
Siapa pun yang KAU jodohkan kepada ku,
Aku terima seadanya.

Thank you so much ALLAH ^^
 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea