Sunday, October 13, 2013

Cinta (part iii)

Posted by Unknown at 1:14 PM 0 comments
Nak cari cinta sebenar,
Maka carilah cinta ALLAH.
Kerana hanya cinta ALLAH sahaja yang sebenar.

Tiada cinta yang suci selain cinta ALLAH,
Tiada cinta yang sejati selain cinta ALLAH,
Dan tiada cinta yang kekal selain cinta ALLAH.

Kejar cinta ALLAH jika ingin mengejar cinta hamba-hambaNYA,
Dan cintailah hamba-hambaNYA kerana cinta ALLAH,

Cinta yang bersyurgakan cinta ALLAH amatlah membahagiakan berbanding dengan cinta manusia yang kebanyakannya hanyalah menderitakan.
Cinta yang berpandukan cinta ALLAH adalah cinta real berbanding dengan cinta manusia yang kebanyakannya hanyalah palsu semata.
Dan cinta yang berpetunjukkan cinta ALLAH adalah cinta yang terhindar daripada terpesong dari jalanNYA berbanding dengan cinta manusia yang kebanyakkannya membawa ke jalan yang hina.

Ingatlah,
Tiada cinta yang high class selain cinta ALLAH,
Tiada cinta yang terbaik selain cinta ALLAH,
Dan tiada cinta yang mengujakan selain cinta ALLAH.

Kejarlah cinta mu kerana ALLAH,
InsyaAllah,
Cinta ALLAH kita dapat Cinta si dia pun kita dapat ^^

Sahabat

Posted by Unknown at 12:05 PM 0 comments

Sahabat bukan satu tapi berjuta,
Sahabat bukan untuk diguna tapi untuk dijaga,
Sahabat bukan untuk dimusuhi tapi untuk disayangi,
Sahabat bukan untuk sementara tapi untuk selamanya,
Sahabat bukan untuk dilupakan tapi untuk diingati,
Sahabat bukan untuk ditinggalkan tapi untuk dirindui,
Sahabat bukan hanya disini tapi hingga hujung nyawa.

Sahabat adalah orang yang sentiasa dan selalu ada untuk kita,
Ada dimana-mana,
Bila-bila masa,
Dan ketika kita memerlukan mereka.

Sahabat membetulkan kita dikala kita salah,
Sahabat mengajar kita dikala kita tidak tahu,
Dan sahabat memimpin kita ke jalan ALLAH dikala kita tersesat.

Berapa lama kita kenal?
Sehari atau setahun,
Bukanlah penghalang untuk kita bersahabat,
Berapa jauh jarak antara kita?
Dikutub utara atau selatan,
Bukanlah pemisah untuk kita bersahabat.

Bersahabat kerana ALLAH,
Ikhlas kerana ALLAH,
InsyaAllah, akan kekal,
Menjadi sahabat selamanya,
Didunia juga diakhirat.
Aamiinn ^^



Thursday, October 10, 2013

'dia'

Posted by Unknown at 5:18 PM 0 comments


'dia' 
Tak seperti mereka,
Tak secantik mereka,
Tak sebaik mereka,

'dia'
Banyak sangat kekurangannya,
Banyak sangat kelemahannya,

'dia'
Selalu buat orang yang 'dia' sayang marah,
Selalu buat mereka sakit hati,
Selalu menyusahkan mereka,

'dia'
Ingin meminta maaf,
Sejujurnya, 'dia' sayang sangat kat semua orang yang 'dia' sayang,
Terutamanya DIA, capital S :)

LYSM "abg" ^^

Kehidupan SINGLE

Posted by Unknown at 5:12 PM 0 comments


Kehidupan single memang sepi,
Kehidupan single memang sunyi,
Dan kehidupan single memang hambar.

Disaat kita bersedih, tiada tempat mengadu.
Disaat kita gembira, tiada tempat berkongsi,
Disaat kita terjatuh, tiada yang bangunkan,
Dan disaat kita ingin bangkit, tiada yang bagi dorongan.

Segala-galanya tidak sempurna,
Segala-galanya kucar kacir,
Segala-galanya tidak menjadi.

Ingin sahaja aku meluahkannya,
Ingin sahaja aku melepaskannya,
Dan ingin sahaja aku mengeluarkannya.

Meluahkan apa yang aku rasa,
Melepaskan apa yang terbuku,
Dan mengeluarkan apa yang terpendam.

Terasa sakit sangat,
Bila bersendirian,
Tanpa hadirnya seseorang untuk menggembirakan kita.

Menangis tatkala sendiri,
Mengenangkan keadaan diri yang tak berteman,
Sayu sangat hati ini.

Siapa yang tahu?
Siapa yang mengerti?
Dan siapa yang setia menemani?

Ya, hanya ALLAH.

Itulah single,
Walaupun begitu, ALLAH sentiasa ada untuk kita.

Ubah persepsi,
Jangan bersedih, Berbahagialah.
InsyaAllah,
Kebahagiaan akan datang kedalam hidup kita,
Suatu hari nanti,

InsyaAllah, Aamiinn :')

Tuesday, October 8, 2013

Penangan FACEBOOK

Posted by Unknown at 12:03 PM 0 comments
Semuanya bermula disini,
Aku dan dia sama2x SIGN IN untuk LOG IN kat FACEBOOK,
Selepas itu masing2x SET UP PROFILE sendiri,
Alhamdulillah, dah COMPLETE 100%,
Suatu hari, aku dan dia jalan2x kat HOME,
Tiba2x aku dan dia terserempak kat satu PAGE ni,
Kami berdua saling berbalas COMMENT,
Tak lama lepas tu,
Dia ADD aku dan aku mengAPPROVEnya,
Alhamdulillah, kami kini jadi FRIEND,

Dari situ, kami mula berCHATTING untuk mengenali antara satu sama lain,
Kami akan berbalas INBOX jika salah seorang dari kami OFFLINE,
Aku dan dia selalu UPDATE STATUS dan terkadang mengUPLOAD PICTURE masing2x bila kami berdua ONLINE,
RELATIONSHIP antara kami semakin rapat,

Hinggalah suatu hari,
Aku NOTIFICATIONkan perasaan ku kat dia,
Alhamdulillah, dia CONFIRMkan juga,
Kini kami berdua IN A RELATIONSHIP,
TIMELINE semakin berlalu,
Hubungan kami semakin kukuh,
Kerana kami selalu UPGRADEkan SETTING dan PRIVACY hati masing2x,
Oleh kerana aku dah ENTER kat hati dia,
Dan dia juga dah ENTER kat hati aku,
Kami masing2x menguatkan SECURITY hati masing2x,
bagi mengelakkan hati kami diHACKED,
Kami berkongsi segala2xnya dan saling HELP antara satu sama lain,
Tapi itu dulu, NOT NOW,
Aku ingin sangat SHARE semua perasaan aku kat dia yang aku LIKE,
Tapi tak boleh dah kerana aku dah diREMOVE dari hatinya,
Disebabkan terlalu banyak diEDITED penipuan antara kami,
Kini kisah kami berdua menjadi HISTORY,
Aku tak akan DELETE semua kenangan bersama dia,
Walaupun kami berdua dah LOG OUT dari hati masing2x,
Akan ku SAVE buat selamanya,
Kerana aku masih menyayanginya dan akan selalu menantinya,
Aku SINGLE untukmu,

The End ^^

Luahan Hati Si Hawa untuk Si Adam

Posted by Unknown at 11:42 AM 0 comments

Kehadiran mu satu anugerah,
Mengenali mu satu kesyukuran,
Menyayangi mu satu kebahagiaan,
Merindui mu satu kemanisan,
Menanti mu satu kesabaran,
Dan meninggalkan mu satu KEBODOHAN.

Mungkin cinta KITA sudah MATI,
Tapi cinta ku pada mu takkan MATI,
Kerana ku masih mencintai dan menyayangi mu.

Akan ku simpan perasaan ini kemas2x didalam kotak hati ku,
Akan ku lupakan rasa ini buat seketika untuk mu,
Dan akan ku tebus semula perasaan ini setelah AKAD menghalalkan kita.

Bukan ku tak mahu menerima kau balik,
Bukan ku menolak kehadiran mu kembali,
Dan bukan niat ku melukakan kau.

Tapi sebenarnya aku takut,
Bukan aku takut dikecewakan,
Tapi aku takut mengecewakan kau lagi.

Percayalah,
Kau tak akan pernah MATI,
Dan akan selalu HIDUP,
bersama perasaan yang aku tinggalkan untuk mu dihati ini.

Aku iringi kau dengan DOA ku,
Semoga kau sentiasa dan akan selalu ceria dan tersenyum bersama orang2x yang menyayangi kau dan bersama orang2x yang kau sayang walaupun kita tak bersama lagi.
Jujur, aku sakit sangat bila tak dapat bersama kau lagi.

P/s : lalui hari2x mu dengan senyuman.
Tinggalkan tangisan mu,
kejarlah kebahagiaan dan kejayaan mu,
Yakin dan percayalah,
Jika kau dan aku ditakdirkan untuk bersama semula,
Kita akan bersatu kembali juga tu,
InsyaAllah ^^

Friday, October 4, 2013

Kebangkitan Sumandak Sabah

Posted by Unknown at 5:52 PM 0 comments


Umurku masih muda lagi,
Boleh dikatakan belum matang lagi,
Perjalanan ku masih panjang,
Banyak lagi yang sedang menanti aku di hadapan sana.

Kenapa perlu aku bersedih sedangkan aku punyai kegembiraan yang besar iaitu ALLAH?
Kenapa perlu aku lemah sedangkan aku punyai kekuatan yang hebat iaitu ALLAH?
Kenapa perlu aku rasa keseorangan sedangkan aku punyai peneman setia iaitu ALLAH?
Dan kenapa perlu aku menagih kasih daripada orang yang tak sudi sedangkan aku punyai seorang yang ikhlas menyayangi aku iaitu ALLAH?

Setiap hari kau lalui,
Setiap hari aku tempuhi,
Dan setiap hari aku jalani.
Bukan dia tapi ALLAH.
Kekasihku yang setia menemani aku.

Disetiap tangisan ku, ALLAH ada.
Disetiap lemahnya aku, ALLAH ada.
Dan disetiap kejatuhan ku, ALLAH ada.

YA, ALLAH temanku.

Apakah aku masih perlu bersedih kerana si dia meninggalkan aku?
Apakah aku masih perlu terseksa kerana si dia tidak mempedulikan aku lagi?
Dan apakah aku masih perlu merana kerana si dia tidak menyayangi aku lagi?

TIDAK, kerana aku ada ALLAH sebagai kekasi setia ku.

Aku tak perlukan si dia yang tak menyayangi kau lagi,
Aku tak perlukan si dia yang tak mempedulikan aku lagi,
Dan aku tak perlukan si dia yang tak menghargai aku.

CUKUP, CUKUP sahaja aku punyai ALLAH.

Aku gembira kerana ALLAH,
Dan aku bahagia kerana ALLAH.

ALLAH kekuatan ku,
ALLAH kegembiraan ku,
ALLAH kebahagiaan ku,
Dan ALLAH juga kebangkitan ku.

YA, aku perlu bangkit meniti hari2x ku,
Mengharungi perjalanan ku,
Dan menempuhi halangan ku.

Aku tak perlu takut kerana aku ada ALLAH,
Aku perlu melupakan si dia yang telah melupakan aku,
Dia bahagia aku juga boleh bahagia.
Tiada lagi tangisan yang ada hanyalah senyuman.

Aku bangkit kerana MU ya ALLAH.
Bantulah aku,
Pimpinlah aku,
Kekasih sejatiku,
Teman sejatiku,
Sahabat setiaku.

Hanya KAU, ALLAH.
Siapa pun yang KAU jodohkan kepada ku,
Aku terima seadanya.

Thank you so much ALLAH ^^

Thursday, October 3, 2013

Bukan Bermakna

Posted by Unknown at 5:02 PM 0 comments


Dia tak layan kau bukan bermakna dia sombong,
Tapi dia takut nanti tanpa dia sedari dia telah bagi harapan kat kau.

Dia menjauhi kau bukan bermakna dia benci kau,
Tapi dia takut untuk berharap sesuatu yang belum pasti lagi buatnya.

Dia tersenyum bukan bermakna dia gembira apabila kau ditinggalkan dia,
Tapi sudah penat menangis untuk orang yang tak pernah nak hargai dia.

Dia balas balik semua perbuatan kau kat dia bukan bermakna dia nak balas dendam kat kau,
Tapi dia nak bagi kau pengajaran betapa pentingnya untuk menhghargai.

Dia tak nak terima kau balik bukan bermakna dia tak sayang dah kat kau,
Tapi dia takut tersilaap langkah dan terjatuh lagi pada hati yang salah.

Dan dia ambil berat kat kau bukan bermakna dia cinta kat kau,
Tapi dia sebenarnya kesian kat kau kerana kau telah mensia2xkan orang yang selama ini cinta mati kat kau.

P/s : Setiap perlakuan ada maknanya tersendiri.
Semuanya ada maknanya dan bukan bermakna semuanya kena maknanya kat kita.
Belajarlah untuk "melencong" sedikit agar tidak kecewa sangat apabila mengetahui pengertian sebenarnya.
Dan belajarlah untuk menerima dan berfikiran positif setelah mengetahui pengertian sebenarnya.

okay ^^

Wednesday, October 2, 2013

Penantian

Posted by Unknown at 5:29 PM 0 comments


Penantian itu bukanlah satu penyiksaan bahkan satu penderitaan buat kita.
Sebenarnya penantian itu amatlah indah.
Ia memberi kita banyak pengajaran.

Kita belajar untuk bersabar,
Kita belajar untuk tabah,
Kita belajar untuk kuat,
Kita belajar untuk setia,
Kita belajar untuk merindu,
Dan kita belajar untuk saling percaya.

Semua ini secara tidak langsung telah terdidik dan tersemai didalam diri kita.
Bahkan telah sebati dalam jiwa kita.
Memanglah tidak dinafikan penantian itu,
Terkadang menyiksa jiwa kita,
Perasaan kita,
Juga hati kita.

Tapi yakinlah,
Setiap penantian itu akan mendapat HADIAH,
Bahkan kebahagiaan yang sangat besar buat kita.
Segala kerinduan,
Kesabaran,
Dan segala macam perasaan,
Akan terlerai juga.

Dan yakinlah,
Penantian itu sungguh manis,
Bahkan mengalahkan kek, gula2x, aiskrim,
Dan segala benda2x yang manis tu.
Huhu

P/s : Sesungguhnya penantian yang tidak berpenghujung itu, amatlah menyakitkan.
Entah bila dan dimana ia akan berakhir.
Siapa tahu?
Allah lah Yang Maha Mengetahuinya ^^

Friday, September 27, 2013

Kisah pemadam dan pensel

Posted by Unknown at 4:54 PM 0 comments


PENSEL : Saya minta maaf...

PEMADAM : Untuk apa? Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya, awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak, awak menjadi semakin kecil.

PEMADAM : Jangan bimbang, saya langsung tidak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang, saya bangga dengan kerja saya ni. Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih...

JIKA kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada seseorang, cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN seseorang

sharing is caring ^^

5 Pesanan buat mu Wahai Diri

Posted by Unknown at 4:42 PM 0 comments

♫♥ 5 Pesanan Buat Mu Wahai DIRI ♫♥

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
... ...
 4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI...

 ~ Muhasabah Diri ~ ^^

Pencuri hati ku

Posted by Unknown at 4:28 PM 0 comments

Dalam Banyak2x Pencuri Hati aku...
Kau la pencuri hati yang paling aku kagumi..
Begitu lamanya mengambil hati aku..
sehingga kan...yang melintas depan mata ku kan...aku buat tidak tahu..
... Kejamkah aku?? huhuhu...
Walaupun apa-apa yng Terjadi Hati Ku Sudah kau miliki..
akan ku tetap mencintaimu...
cuma hati kau sahaja yang kau tak bagi..

dan Kini aku Hidup Keseorangan Diri...KeSedihan Melanda Diri..
Sehensem mana pun yg Datang..Aku Tetap Kagumi kau..
Aku Tidak Peduli Apa Yang Kawan aku Cakapkan..
Mereka tak suka kat kau...tetapi aku tak peduli juga...
mereka terus BerPutus Asa...Tetapi aku Tidak..
Selagi Ada Waktu..Selagi Itu Ada Rindu

Yupp, kau lah.. capital S ^^

Pintu

Posted by Unknown at 4:24 PM 0 comments

✿Pintu SYURGA menjanjikan KENIKMATAN.. 
✿Pintu NERAKA mengotakan PEMBALASAN.
.✿Pintu HIDAYAH menyuluh IMAN.. 
✿Pintu IMAN membenteng KEKUFURAN..
 ✿Pintu TAUBAT mensucikan noda KEMAKSIATAN..... 
✿Pintu HATI mendambakan KEREDHAAN..
✿Pintu REZEKI melimpahkan KEBAHAGIAAN..
✿Pintu ILMU melahirkan CENDIKIAWAN..
✿Pintu PERTAHANAN menjamin KESTABILAN..
✿Pintu KETERBUKAAN menggalakkan KEMAJUAN..
✿Pintu UKHUWAH menghubungkan KEMESRAAN..
 ✿Pintu REZEKI melimpahkan KEBAHAGIAAN.. 
✿Pintu ILMU melahirkan CENDIKIAWAN.. 
✿Pintu PERTAHANAN menjamin KESTABILAN.. 
✿Pintu KETERBUKAAN menggalakkan KEMAJUAN.. 
✿Pintu UKHUWAH menghubungkan KEMESRAAN..

huhu ^^

CINTA bah

Posted by Unknown at 4:22 PM 0 comments

Tak perlu di cari kerana dia akan datang dengan sendirinya...
Kalau di cari dia belum tentu akan kekal lama..
Malah akan membuatkan diri kita menderita kerananya..
Aku pernah merasakannya.
Aku pernah mencarinya..
Dan aku pernah merasakan betapa sakitnya apabila terpaksa menelan kepahitannya..
Oleh itu,, aku sudah berazam tidak akan mencarinya..
Dan hanya akan menanti dia datang dengan sendirinya..
Dan juga berharap agar dia dapat memberikan aku kemanisannya.
InsyaAllah, Aamiinn ^^

Tapi apakah DIA??
huhu, CINTA bah ^^

Thursday, September 26, 2013

Cinta (part ii)

Posted by Unknown at 2:17 PM 0 comments

Cinta adalah anugerah yang terindah daripada Allah kepada kita.
Jika manusia dapat menilai kesucian dan menghargai pemberian Allah ini.
Dan tidak mencemarkan anugerah ini dengan membawa cinta ini ke jalan yang hina.

Cinta ini amatlah mulia dan amatlah bermurah hati,
kerana cinta ini tak pernah meminta,
tapi selalu memberi.
Memberi dengan seikhlas mungkin tanpa mengharapkan balasan.

Cinta ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu :
1) Cinta atas Fitrah : lahir didalam hati manusia tanpa dipaksa, terpaksa atau kerana ingin mendapatkan sesuatu itu.
2) Cinta atas Nafsu : lahir didalam hati manusia kerana dipaksa, terpaksa dan kerana ingin mendapatkan sesuatu itu.

Percayalah,
Bercinta atas cinta Fitrah itu, insyaAllah akan kekal.
Manakala, bercinta atas Nafsu itu, insyaAllah takkan kekal.

Cinta tak semestinya memiliki si dia,
Cinta tak semestinya hidup bersama si dia,
Cinta tak semestinya bahagia bersama si dia.

Tapi cinta adalah sentiasa bersedia merelakan pemergian si dia demi kebahagiaannya.
Cinta adalah sentiasa ingin berbagi kasih sayang si dia dengan orang lain.
Cinta adalah pengorbanan kita untuk dia dan kegembiraannya.

Cinta sebenar adalah cinta kerana cinta Allah ^^

Airmata

Posted by Unknown at 2:05 PM 0 comments

Allah sayangkan kita, sebab itulah Dia ciptakan airmata untuk kita.
Airmata untuk memadamkan semua kesedihan kita.
Airmata untuk menghapuskan kesakitan kita.
Airmata untuk melenyapkan kelukaan kita.

Disaat kita bersedih, kita biarkan airmata ini keluar.
Disaat kita disakiti, kita biarkan airmata ini mengalir.
Disaat kita terluka, kita biarkan airmata ini menitis.

Airmata inilah saksi hidup kita. Pahit manis dan segala2xnya.
Airmata inilah teman sejati kita. Ada bila2x dan dimana sahaja saat diperlukan.
Airmata inilah kurniaan terindah daripada Allah. Yang mempunyai kuasa terhebat.

Dan airmata inilah bukti kasih sayang kita terhadap seseorang itu,
kerana airmata ini hanya akan dititiskan untuk orang yang betul2x kita sayang.

Tips untuk melupakan orang yang kita sayang tetapi telah pun meninggalkan kita
:: jangan menangis apabila kita ditinggalkan oleh dia yang kita sayang kerana tiap butir mutiara yang jatuh dipipi kita itu akan makin mengingatkan kita betapa kita langsung tak rela melepaskan dia pergi meninggalkan kita ::

huhu ^^

Lain Dulu Lain Sekarang

Posted by Unknown at 1:56 PM 0 comments

Kalau dulu, apabila aku bangun pagi, aku tahu bahawa aku memiliki dia.
Tapi sekarang apabila aku bangun pagi, aku tahu bahawa aku tak memiliki dia lagi.

Kalau dulu apabila aku tersenyum, senyuman ku  untuk dia.
Tapi sekarang apabila aku tersenyum, senyuman ku bukan lagi untuk dia.

Kalau dulu aku menangis bukan sebab aku terluka oleh dia tapi sebab aku gembira bersama dengan dia.
Tapi sekarang aku menangis bukan sebab aku gembira bersama dia tapi sebab aku terluka berpisah dengan dia.

Kalau dulu aku bersemangat kerana aku punyai dia.
Tapi sekarang semangat ku hilang kerana aku kehilangan dia.

Kalau dulu setiap hari aku menantikan khabar darinya.
Tapi sekarang setiap hari aku hanya berharap agar dia sihat2x sahaja kerana khabarnya takkan ku terima lagi.

Kalau dulu hari2x ku menjadi indah kerana adanya dia.
Tapi sekarang hari2x ku tak seindah dulu kerana tiadanya dia.

Benarlah kata orang " lain dulu lain sekarang"
Masa depan pula, bagaimana?
Seriously, aku rindu yang dulu dan aku benci yang sekarang.
Tapi apa2x pun hidup mesti diteruskan.

hiho ^^

Tuhan Jagakan Dia

Posted by Unknown at 1:33 PM 0 comments

Disaat kita tak lagi berjalan seiringan,
Disaat kita tak lagi sehaluan,
Disaat kita tak lagi sefahaman,
Disaat kita tak lagi berkongsi suka dan duka,
Disaat kita tak lagi bergelak ketawa,
Disaat kita tak lagi menangis bersama,
Dan disaat kita tak lagi bersama mengejar istana impian kita.

Cukup sahaja jikalau aku menangkupkan kedua tangan ku,
dan menadahnya ke langit,
lalu memohon kepada Allah,
memohon agar Dia menjaga kau,
menjaga kau walau dimana pun kau berada,
menjaga kau daripada perkara2x yang tidak baik,
menjaga kau daripada perkara2x yang boleh menyesatkan kau,
dan menjaga kau daripada orang2x yang ingin menganiayai kau.

Aku juga memohon kepada Allah,
memohon agar kau dan aku bahagia,
bahagia bersama orang yang kita sayang,
walaupun kita berdua tidak ditakdirkan untuk menjadi pasangan hidup antara satu sama lain.

Fi Hifzillah ^^

Langkah untuk atasi CEMBURU BUTA

Posted by Unknown at 1:16 PM 0 comments

Langkah untuk atasi CEMBURU BUTA :

1) Kenalpasti punca perasaan cemburu.
2) Jangan berfikir bukan2x atau berpransangka buruk pada pasangan.
3) Berfikir sebelum melakukan sesuatu itu kerana ia mungkin akan melukakan hati pasangan.
4) Yakin dengan keistimewaan sendiri.
5) Ketika perasaan cemburu datang, banyakkan beristighfar.
6) Berkomunikasi dengan pasangan dan luahkan isi hati agar pasangan anda faham bahawa anda seorang yang sensitif dan tahap cemburu anda adalah tinggi.
7) Berdoa kepada Allah agar membuang sikap negatif dalam diri.
8) Hiasi diri dengan budi bahasa dan peribadi yang disenangi oleh pasangan.

# Cuba amalkan langkah2x ini, insyaAllah bermanfaat untuk masa depan anda dan pasangan anda.
hehe ^^

Wednesday, September 25, 2013

Perpisahan ini

Posted by Unknown at 4:51 PM 0 comments

Setiap permulaan mesti ada pengakhirannya.
Setiap kemanisan mesti ada kepahitannya.
Setiap gelak ketawa mesti ada tangisannya.
Dan setiap pertemuan mesti ada perpisahannya.

Semua ini bukan dirancang, tapi sudah menjadi lumrah kehidupan.
Lumrah kehidupan manusia didunia.
Tiada yang kekal kerana semuanya adalah sementara.
Sesiapa pun tak menginginkan semua itu terjadi, apalagi terpaksa mengalami tempoh perpisahan.
Perpisahan dengan orang yang tersayang.

Memang menyakitkan tapi itulah kenyataan yang harus kita terima.
Memang menyedihkan tapi itulah lumrah yang harus diredhakan.
Memang menyiksakan tapi itulah dunia yang hanyalah sementara.

Tapi ingatlah, semua yang terjadi ini ada hikmahnya.
Termasuk perpisahan kita dengan orang yang kita sayang.
Kita harus tabah, redha dan yakin dengan perancangan Allah.
InsyaAllah itulah yang terbaik untuk kita sabagai hamba2xNya.

Aku dan Dia

Posted by Unknown at 4:41 PM 0 comments

Aku dan dia bertemu kerana Allah. Bertemu dilaman muka buku.
Aku dan dia berkenalan kerana Allah. Berkenalan dilaman muka buku.
Aku dan dia berkawan kerana Allah. Berkawan dilaman muka buku.
Aku dan dia saling jatuh hati kerana Allah. Jatuh hati dilaman muka buku.

Aku dan dia saling mencintai dan menyayangi kerana Allah. Mencintai dan menyayangi setulus hati masing2x.
Aku dan dia saling merindu kerana Allah. Merindu disaat kami berjauhan.
Aku dan dia gembira kerana Allah. Gembira melalui detik2x manis.
Aku dan dia bersedih kerana Allah. Bersedih melalui detik2x pahit.

Aku dan dia bergaduh kerana Allah. Bergaduh kerana perselisihan faham.
Aku dan dia berbaik semula kerana Allah. Berbaik semula setelah permasalahan itu selesai.
Aku dan dia berubah kerana Allah. Berubah kejalan yang diredhai olehNya.

Dan kini aku dan dia berpisah juga kerana Allah.
Bukan kerana tak sehaluan tapi kerana aku, bukan dia.
Pasrah dan redha, itulah yang terbaik.

Satu ja aku pinta dari Yang Maha Esa.
"Jika dia ditakdirkan untukku, maka dekatkanlah hati kami berdua,
tapi jika dia bukan ditakdirkan untukku, maka jauhkanlah hati kami berdua"
InsyaAllah, kalau dah jodoh takkan kemana juga tu  ^^

Tipulah kalau aku cakap saat ini

Posted by Unknown at 4:33 PM 0 comments

Tipulah kalau aku cakap saat ini,
aku tak sayangkan dia lagi.

Tipulah kalau aku cakap saat ini,
aku tak cintakan dia lagi.

Tipulah kalau aku cakap saat ini,
aku tak rindukan dia lagi.

Tipulah kalau aku cakap saat ini,
aku tak fikirkan dia lagi.

Tipulah kalau aku cakap saat ini,
aku tak terbayang2xkan dia lagi.

Tipulah kalau aku cakap saat ini,
aku tak mengharapkan dia lagi.

Dan tipulah kalau aku cakap saat ini,
aku telah merelakan perpisahan kami.

Jujur, aku masih sayang, cinta, rindu, terfikir, terbayang2xkan dan mengharapkan dia lagi.
Juga jujur, aku tak pernah dan tak akan merelakan perpisahan kami berdua.
Aku ingin mempertahankan hubungan ini, tapi lidahku kelu bibirku membeku.
Aku tak berdaya melawan kata hati dan akalku yang memberontak.
Sungguh, aku tak kuat.
Maafkan aku ^^

Monday, September 23, 2013

Terkadang aku lebih suka

Posted by Unknown at 5:15 PM 0 comments

Terkadang aku lebih suka untuk tidak mengenali sesiapa pun,
Kerana aku tak nak merasa pahitnya perpisahan itu.

Terkadang aku lebih suka berjalan didalam hujan,
Kerana aku tak nak sesiapa pun yang tahu bahawa aku sedang menangis.

Terkadang aku lebih suka bersendirian,
Kerana aku tak nak sesiapa pun yang tahu tentang kelukaan dan kesakitan yang sedang aku rasai saat ini.

Terkadang aku lebih suka berada didalam kegelapan,
Kerana aku tak nak sesiapa pun yang tahu bahawa aku sudah pun mati.

Dan terkadang aku lebih suka berada di alam khayalan daripada harus berada di alam nyata,
Kerana sesungguhnya kenyataan itu amat menyakitkan.

P/s : apa2x pun, aku terima ketentuanNya dan aku syukuri nikmatNya    ^^

Moga diperkenankan DOA ku

Posted by Unknown at 4:05 PM 0 comments
" Ya Allah,
Jika aku ditakdirkan untuk jatuh cinta,
Cintakanlah aku kepada orang yang melabuhkan cintanya untukMu,
Tapi jika aku ditakdirkan untuk jatuh cinta kepada orang yang sebaliknya,
Maka berikanlah aku kekuatan dan petunjuk,
Agar aku dapat membimbing dia ke jalanMu.
Aamiinnn. "

" Ya Allah,
Jika dia ditakdirkan untukku,
Maka Engkau dekatkanlah hati kami berdua,
Tetapi jika dia bukanlah ditakdirkan untukku,
Maka Engkau jauhkanlah hati kami berdua.
Aamiiinnn "

P/s : jika sayangkan dia, maka berdoalah kepada Allah.
Agar kita semua dapat hidup bersama orang yang kita sayang.
Semoga Allah memperkenankan doa kita semua.
InsyaAllah.

LYSM si abg ^^

Wanita itu ibarat BUNGA MAWAR

Posted by Unknown at 3:47 PM 0 comments

Wanita itu ibarat Bunga Mawar.
Harumannya lembut.
Warnanya memikat.
Kelopaknya sungguh halus.
Namun disebalik kelembutan dan keharumannya itu,
terselit duri2x yang tajam.
Kamu harus berhati2x apabila ingin memegangnya,
nanti takut terluka pula jari2x kamu itu,
kerana duri2x itulah sebagai pertahanan dan pelindung hatinya yang suci.

P/s : wanita adalah untuk disayangi bukan untuk disakiti.
Jika dah tak sayang kat dia lagi, lepaskanlah dia.
Biarlah dia bahagia seperti kamu bahagia bersama orang lain.. 

hiho^^

Awesome Giveaway by Tasha Aqisha

Posted by Unknown at 2:01 PM 0 comments

Jom join , huhu ^^


Kupu-kupu, rama-rama ..
Jom join sama-sama ^^

Meriahkan suasana,
Hadiahnya pun menarik,
hehe ^^

Nak join?
Tekan ja banner kat atas ni ..
huhu ^^

# keterSEMANGATAN terserlah ..
hiho ^^

Sesuatu perhubungan itu umpama sebuah GELAS KACA

Posted by Unknown at 11:01 AM 0 comments

Sesuatu perhubungan itu umpama sebuah GELAS KACA.
Gelas kaca yang dibuat dengan baik dan cantiknya.
Diperbuat dari bahan2x kerinduan yang berkualiti,
Dikukuhkan dengan proses pembuatan kesetiaan yang teliti,
Diukir dengan hiasan2x kasih sayang yang indah,
Dan dihiasi dengan bunga2x cinta yang kembang mekar.

Gelas kaca itu begitu cantik apabila dipandang dari mata kita,
juga apabila dipandang dari hati kita.
Tapi jatuhnya gelas kaca ini dari atas almari perhiasan penipuan, kebosanan dan kecurangan,
Akhirnya gelas kaca yang bahagia dan indah ini,
hancur berkecai bersama janji2x yang terukir kini terlerai.
Walaupun gelas kaca ini dicantumkan kembali dengan gam2x kemaafan,
Tapi gelas kaca ini tak secantik dan seindah dulu.

Dulu lain, sekarang lain dan selama2xnya akan lain.
Jadi, hargailah sesuatu perhubungan itu,
Kerana apabila ia putus,
Ia tak akan sama seperti dahulu.
Take note ^^ 

Dia selalu NAK tapi dia langsung TAK NAK

Posted by Unknown at 10:50 AM 0 comments

Dia selalu nak kita faham dia, tapi dia langsung tak nak faham kita.
Dia selalu nak kita hormati dia, tapi dia langsung tak nak hormat kita.
Dia selalu nak kita bersabar dengan dia, tapi dia langsung tak nak bersabar kita.
Dia selalu nak kita berterus terang kat dia, tapi dia langsung tak nak berterus terang kat kita.

Dia selalu nak sakitkan hati kita, tapi dia langsung tak nak kita sakitkan hati dia.
Dia selalu nak permainkan kita, tapi dia langsung tak nak kita permainkan dia.
Dia selalu nak tinggalkan kita, tapi dia langsung tak nak kita tinggalkan dia.
Dia selalu ucap I LOVE YOU kat kita, tapi dia langsung tak nak buktikan kat kita.

Dia selalu buat semua ni kat kita, tapi dia langsung tak nak kita buat semua ni balik kat dia.
Pa sebenarnya yang dia mahu?
Just straight to the point.
Kami terima apa2x pun keputusan korang.
Kami redha dan pasrah kerana kami yakin akan perancangan Allah.

Jangan tanya kenapa.

Posted by Unknown at 10:37 AM 0 comments

Kau boleh tak layan dia, tapi nanti kalau dia tak layan kau.
Kau jangan tanya kenapa.

Kau boleh tak balas mesej dia, tapi kalau nanti dia tak balas mesej kau.
Kau jangan tanya kenapa.

Kau boleh tak call dia, tapi nanti kalau dia tak call kau.
Kau jangan tanya kenapa.

Kau boleh buat endah tak endah kat dia, tapi kalau nanti dia buat endah tak endah kat kau.
Kau jangan tanya kenapa.

Kau boleh permainkan dia, tapi kalau nanti dia permainkan kau.
Kau jangan tanya kenapa.

Dan kau boleh anggap dia TUNGGUL KAYU, tapi kalau nanti dia tak cakap langsung kat kau.
Kau jangan tanya kenapa.

Dia buat semua ni balik kat kau bukan kerana dia balas dendam kat kau tapi dia nak bagi kau PELAJARAN. Belajar untuk hargai dia.
Jadi, jangan tanya kenapa k ^^

Jangan cakap.

Posted by Unknown at 10:23 AM 0 comments

Kalau dah tak kasih kat dia, jangan cakap kasih.
Kalau dah tak sayang kat dia, jangan cakap sayang.
Kalau dah tak suka kat dia, jangan cakap suka.
Kalau dah tak cinta kat dia, jangan cakap cinta.
Kalau dah tak rindu kat dia, jangan cakap rindu.
Kalau dah tak setia kat dia, jangan cakap setia.

Dan kalau hati tu dah jatuh hati kat orang lain,
dan hati tu bukan lagi untuk dia,
maka ambillah balik hati korang tu dari dia,
dan pulangkanlah balik hati dia kepada dia.

P/s : kalau korang dah bosan dan benci dah kat dia,
terus teranglah kat dia.
Jangan siksa dia.
Bila korang diamkan perkara ini,
dia tersiksa, korang tahu kah?
Korang tak kesian kah kat dia?
Ada otak, fikirlah ^^

Sunday, September 22, 2013

Mata Lelaki VS Mulut Perempuan

Posted by Unknown at 4:53 PM 1 comments

Apabila lelaki menangis, mereka akan menutup mata mereka.
Dosa yang paling banyak dilakukan oleh lelaki adalah pada anggota badan mereka iaitu pada mata mereka.
Mata mereka terlalu banyak melihat perkara2x yang mungkar seperti melihat aurat perempuan.
Sesungguhnya apabila lelaki melihat aurat perempuan itu, maka dia akan menanggung dosa perempuan itu sebanyak 1x ganda.
Dan kerana itulah apabila lelaki menangis, mereka akan menutup mata mereka.

Dan apabila perempuan pula menangis, mereka akan menutup mulut mereka.
Dosa yang paling banyak dilakukan oleh perempuan itu adalah terletak pada anggota badannya juga iaitu pada mulut mereka.
Mereka terlalu banyak bercakap dusta, bercakap tentang perkara2x yang tidak baik dan tidak benar seperti mengumpat seseorang itu.
Ingatlah, sesungguhnya perbuatan mengumpat itu lebih besar daripada perbuatan berzina.
Dan kerana itulah juga apabila perempuan menangis, mereka akan menutup mulut mereka.

Fikir2xkanlah dan renung2xkanlah.
Berubahlah, sesungguhnya pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka untuk kita. ^^

Mengumpat???

Posted by Unknown at 4:37 PM 0 comments

Islam amat melarang orang yang suka mengumpat dan mengata.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :
"Jauhkanlah dirimu daripada mengumpat dan bergunjing kerana ia lebih jahat daripada zina. Seorang yang berzina jika ia bertaubat maka Allah mengampuninya. Tetapi apabila orang yang mengumpat takkan diampuni oleh Allah sebelum orang yang diumpatnya itu mengampuninya (memaafkannya) "

Mengumpat tidak terbatas pada lisan sahaja. Termasuk juga dalam umpatan itu dari perbuatan seperti isyarat dengan tangan dan mata, tunjukkan, tulisan, gerak-geri dan apa2x yang memberi pengertian akan apa yang dimaksudkan seperti peniruan. Seperti berjalan dengan membuat pincang2x atau sebagaimana orang itu berjalan. Maka itu dikira sebahagian daripada umpatan bahkan lebih berat dari umpatan kerana yang demikian lebih besar kesannya pada menggambarkan dan memberi pengertian.

Saidatina Aisyah berkata,
" masuk ke tempat kami seorang wanita. Sewaktu dia berpaling, lalu aku isyaratkan dengan tanganku bahawa wanita itu pendek. Lalu Rasulullah SAW bersabda : " engkau telah mengumpatnya "

P/s : jika dulu kita tak tau pasal mengumpat ini, insyaAllah Allah akan mengampuni kita.
Sekarang kita dah tahu, jadi jangan mengumpat lagi.
Jangan mulakan, jika dah mulakan, maka hentikanlah.

Befday Si "ABG" (22 sept)

Posted by Unknown at 12:00 AM 0 comments

Alhamdulillah,
hari ni hari Ahad, 22 september 2013 masihi bersamaan 16 zulkaedah 1434 hijrah
iaitu minggu ke-39 bagi tahun 2013.
Detik ini, genaplah sudah 20 tahun ulangtahun kelahiran orang yang paling aku sayang iaitu,
SAHUDIN bin ALIUSIN.

Isnin dulu, baru selasa.
Senyum dulu, baru baca.
hehe ^^


^^ Si syg says : happy birthday ar si abg. Si syg doakan si abg panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kejayaan dan kebahagiaan didunia juga diakhirat, sentiasa berada didalam perlindungan Allah, selalu diberkati dan dirahmati oleh Allah, dijauhkan daripada perkara2x yang negatif, sentiasa bahagia bersama orang yang tersayang dan semuanya yang baik2x untuk si abg.
InsyaAllah, Aamiinn ^^

P/s : Sorrylah tiada hadiah yang dapat si syg postkan untuk si abg. hanya doa yang dpt si syg kirimkan, harap si abg tak kesah. huhu ^^

LYSM bilang si syg untuk si abg ^^

Saturday, September 21, 2013

Itulah Cinta kita

Posted by Unknown at 3:47 PM 0 comments

Setiap apa yang kita buat,
Setiap apa yang kita taip,
Setiap apa yang kita luahkan,
Setiap apa yang kita rangka,
Setiap apa yang kita cakap,
Dan setiap apa yang kita fikirkan.

Semuanya saling berkaitan,
Semuanya saling berhubung,
Dan semuanya saling bergantung.
Untuk siapa?
>> untuk DIa yang kita sayang.

Untuk apa?
>> untuk CINTA kita kat DIA.

Dan kenapa?
>> sebab hanya DIA seorang yang kita sayang.

Itulah cinta kita.
Cinta tak semestinya memiliki tapi cinta adalah sentiasa berbagi.

huhu^^

Bunga ini (aku)

Posted by Unknown at 3:34 PM 0 comments

Aku adalah umpama bunga yang sentiasa mekar,
dibajai dengan benih2x kasih sayangnya,
disirami dengan hujan2x cintanya,
dipagari dengan dedaunan kerinduan terhadapnya,
dan ditemani dengan sinaran kesetiaan kepadanya.

Tapi sayang, bunga ini terkadang sentiasa dilukai dengan duri2x penipuan dan bisa2x yang dilemparkan ke kelopak hati ku dan terkadang selalu disisihkan apabila si kumbang bertemu dengan bunga2x yang lain.
Namun, bunga ini harus tabah dan terus berdiri seiring dengan airmata embun yang dititiskan olehnya kerana airmata embun itu menguatkan akar kekuatannya untuk terus berdiri.

Bunga ini sentiasa berharap agar kumbang yang dinanti akan kembali kepadanya,
dan membawa bersama pelangi yang indah,
bersama bulan yang dipagari bintang,
juga berharap agar hubungan si kumbang dan si bunga ini akan kembali mekar semula seperti dahulu.

InsyaAllah, PASTI ^^

Senyuman itu

Posted by Unknown at 3:24 PM 0 comments

Senyum adalah satu sedekah yang paling ringan.
Senyum itu tak perlu kata apa2x.
Senyumlah pada dunia dan dunia akan tersenyum kembali kepada kita.
Sebarkanlah senyuman itu, insyaAllah dunia ini tiada penyepi.
Dengan senyuman itu boleh mengeratkan silaturrahim dan menjalinkan hubungan.
Senyumlah, insyaAllah hari2x mu akan menjadi indah.

Senyuman itu juga boleh menggambarkan lukisan hati seseorang.
Tapi tak semua senyuman itu menggambarkan kejujuran, kebahagiaan dan kegembiraan.
Kerana terkadang senyuman itu hanya direka untuk menutupi luka dan kesedihan yang melanda.
Bibir tersenyum hati menangis.
Tetaplah tersenyum demi orang2x yang kamu sayang,
dan demi orang yang menyayangi kamu.

Okay ^^

Adam, pimpinlah Hawa ini.

Posted by Unknown at 3:15 PM 0 comments

Pimpinlah hawa itu.
Jika semalam hawa ini bukanlah yang terbaik,
maka pimpinlah dia.
Jika semalam hawa ini tersesat,
maka pimpinlah dia.
Dan jika semalam dia terpesong,
maka pimpinlah dia.

Jika hawa ini tak tahu sesuatu itu,
maka ajarilah dia.
Jika hawa ini tersalah sesuatu itu,
maka perbetulkanlah dia.
Dan jika hawa ini terlupa sesuatu itu,
maka ingatkanlah dia.

Adam,
Pimpinlah dia,
Pimpinlah dia ke jalan Allah.

Adam,
Ajarilah hawa ini,
Perbetulkanlah hawa ini,
Dan ingatkanlah hawa ini.

Adam,
Sesungguhnya kamulah khalifah didunia ini,
Kamulah pemimpin keluarga ini,
Dan kamulah imam bagi isteri dan anak2xmu.

Adam,
Hawa ini memerlukan kamu untuk menyayangi dan melindungi mereka,
bukanlah untuk menyakiti mereka.
Adam,
boleh kah?
InsyaAllah ^^


Maka ucaplah

Posted by Unknown at 3:03 PM 0 comments

Jika kita buat salah kat orang lain,
maka ucaplah "MAAFKAN AKU" kat orang itu.
Kerana sesungguhnya darjat orang yang meminta maaf,
lebih tinggi daripada orang yang memberi maaf.

Jika kita sayang kat seseorang itu tapi kita takut dia lupakan kita,
maka ingatkanlah dan ucaplah "TAK PERNAH SESAAT PUN AKU MELUPAKAN KAMU" kat dia,
supaya dia juga tak melupakan kita.

Jika kita sudah lama tidak berhubung dengan orang yang kita sayang,
maka ucaplah "DIA SIBUK TU" kat diri sendiri.
Sentiasalah berfikiran positif terhadap dia.

Jika orang yang kita sayang sudah tidak mempunyai perasaan lagi kat kita,
maka ucaplah "BERHENTI BERHARAP" kat diri sendiri,
supaya nanti kita takkan terjatuh dengan teruknya.

Jika kita merindui seseorang itu,
maka ucaplah "SESUNGGUHNYA AKU MERINDUI DIA, SAMPAIKANLAH SALAM RINDU KU UNTUK DIA" kat Allah.
InsyaAllah, sampai juga tu salam rindu kita kat dia.

Dan jika seseorang itu meninggalkan kita,
maka ucaplah "ALHAMDULILLAH" kat diri sendiri,
kerana kita sudah terlepas daripada orang yang tak tahu nak menghargai kita.

huhu ^^

Friday, September 20, 2013

Tidak mudah

Posted by Unknown at 3:31 PM 0 comments

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu bahagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan² orang yg menyakiti kita...

... Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan dihina,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bahagian dari penyucian diri...
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi...

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yg harus ditempuh.
Untuk mengawal kebahagiaan yg akan diberikan Allah sebagai penggantinya.

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa saat...

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yg terus mendera,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Serta menyedari itu bahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya... 


kan3x? ^^


Rahsia seorang hawa

Posted by Unknown at 3:30 PM 0 comments

- SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian ...

- CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja ....
...
- HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM ...

- IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .....

- KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk
ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah ....

- PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam ...

- MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum ....

- EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya ....

- CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati..

- SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal ., NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja ., LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1  nafsu ..., fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita...

Fahami kami ^^

Seorang gadis menangis

Posted by Unknown at 3:28 PM 0 comments

-Seorang gadis tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang dia kasihi, dia menjadi lemah ..

-Seorang gadis tidak akan menangis dengan mudah, ini kerana hanya ketika dia mencintai kau seorang, ia meletakkan egonya ..
...
-Jika seorang gadis menangis kerana kau, pegang tangannya dengan kuat, dia adalah orang yang akan bersama kau sepanjang hidup kau.

-Dia menangis bukan kerana dia lemah,
dia menangis bukan kerana dia ingin simpati atau belas kasihan,
dia menangis kerana; tidak mungkin lagi menangis diam-diam..rasa sakit, sakit dan penderitaan telah menjadi terlalu besar, sebuah beban yang harus disimpan di dalam hati..

-Jika seorang gadis menangis hatinya kerana kau, dan semua kerana kau, masa untuk melihat ke belakang dan sedar apa yang telah kau lakukan, hanya kau akan tahu jawapannya itu..

Orang kan

Posted by Unknown at 12:34 PM 0 comments

Orang kalau dia mahu bagi sesuatu kat orang lain kan,
dia takkan tanya "kau mahu kah tidak" ,
tapi dia akan bagi terus tanpa sebarang pertanyaan.

Orang kalau dia mahu tolong orang lain kan,
dia takkan bagi banyak alasan,
tapi dia akan bagi pertolongannya tanpa alasan.

Orang kalau dia mahu sesuatu tu kan,
dia takkan bagi berjuta alasan,
tapi dia akan bagi berjuta usahanya.

Orang kalau dia berani mengata orang lain kan,
dia takkan main cakap kat belakang,
tapi dia akan terus cakap kat depan orang tu.

Dan orang kalau tak sayang kat seseorang itu kan,
dia akan buat endah tak endah,
mahu tak mahu ja layan kita,
tapi kalau orang tu sayang betul2x kat kita kan,
dia akan cari masa untuk berhubung dengan kita,
walau sesibuk mana pun dia.

kan3x?

Thursday, September 19, 2013

Aku ambik hati ke?

Posted by Unknown at 4:56 PM 0 comments

" Lain kali jangan cakap YA, xlah juga aku menunggu2x "

Huh, aku ambik hati ke?
hehe, taklah. Aku okay ja ni.
Kalau aku ambik hati kat dia,
kesian pula aku kat dia.
Sebab pa?
Sebab kalau aku ambik hati kat dia, nanti dia tiada hati.
kan3x?
Lagipun kita masing2x kan ada hati.
Takkan nak ambik hati orang lain.
Cuba korang fikir, betul kan?

huhu, takpalah.
Aku okay Aku dah besar.
Salah aku juga tu, salah dengar.
Sorry erk ^^

Untuk korang : Selalulah berprasangka baik kat semua orang.
InsyaAllah kita bahagia dunia akhirat. Hehe ^^


Itulah ALLAH

Posted by Unknown at 2:34 PM 0 comments

Kita nak itu, tapi Allah bagi ini.
Kita nak ini, tapi Allah bagi itu.

Kita nak itu, tapi kita tak dapat.
Kita taknak ini, tapi kita dapat.

Kita hilang itu, tapi kita dibagi ini.
Kita hilang ini, tapi kita dibagi itu.

Kita rancang itu, tapi yang itu tak jadi.
Kita tak rancang ini, tapi yang ini tak jadi.

Kita dah ada niat, tapi kita tak dapat buat.
Kita tiada niat, tapi kita dapat buat.

Dan,
|Didalam kesusahan, ada kemudahan.
Didalam kesedihan, ada kegembiraan.
Didalam yang buruk, ada yang baik.

Itulah ALLAH.
Apa yang dirancang olehNya, adalah yang terbaik untuk hamba2xNya.
Jangan pernah mengeluh tapi bersyukurlah.
ALHAMDULILLAH ^^ .

Aku mungkin bukan teman

Posted by Unknown at 2:28 PM 0 comments

Aku mungkin bukan teman sempurna yang kau cari,
tapi aku adalah teman yang akan mencuba untuk menyempurnakan kau.
InsyaAllah.
Aku harap kau juga boleh sempurnakan aku.

Aku mungkin bukan teman terbaik yang pernah kau temui,
tapi aku sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk kau.
InsyaAllah.
Aku harap kau dapat terima aku.

Aku mungkin bukan seperti teman2x yang pernah singgah dihatimu,
tapi aku akan cuba untuk membahagiakan kau.
InsyaAllah.

Aku harap kau juga akan cuba untuk membahagiakan aku.
Walaupun begitu, satu yang aku pasti iaitu,
aku adalah teman yang akan selalu kau rindui.
InsyaAllah, kan3x? ^^

Marah

Posted by Unknown at 2:01 PM 0 comments

Kawal marah kamu,
Jangan biarkan marah itu menguasai kamu.
Sesungguhnya marah itu adalah sebahagian daripada sifat syaitan dan merupakan salah satu perkara yang boleh membinasakan kita.
Jika terasa ingin marah, cepat2xlah beristighfar.
Sesudah itu, cubalah bertenang dan fikirkan apa yang menyebabkan kita marah.
Selalulah siasat dulu,
dengar dulu penjelasan orang,
jangan main terjah ja marah orang.
Fikirkan juga perasaan orang lain.
Jangan terlalu ikut perasaan marah tu.
kelak nanti memakan diri.

3 pesanan untuk korang.
1) kalau marah tu, jangan lah bah cakap perkataan2x yang kurang baik. Tak bagus tu.
2) kalau marah kat orang lain tu, jangan lah pula lepaskan mrah tu kat orang lain. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, dan jangan kerana marah kat orang lain, orang lain pula yang kena.
3) jangan marah tak bertempat. Suka hati ja marah orang. Berpada2xlah. Sendiri mahu ingat.

Dan, dan dan dan.
Sentiasalah berfikiran positif, orang marah kat kita bukan kerana dia benci kita tapi kerana dia sayang kita. Dia marah kat kita sebab dia tak tahu macam mana nak tunjukkan sayangnya kat kita. hah, sebab tu lah dia marah.

Huhu ^^

3 fakta tentang gf/bf korang

Posted by Unknown at 1:51 PM 0 comments

Apabila korang berjumpa atau terjumpa dengan ex bf/gf korang,
korang akan alami salah satu daripada situasi ini iaitu :
1) Cinta lama berputik kembali.
2) Luka lama berdarah kembali.
3) Tiada rasa apa2x atau tiada perasaan.
Korang dalam kategori mana? huhu ^^

Ar aku nak gtau 3 fakta pasal bf/gf korang :
1) Gf/bf korang takut kalau bf/gf dorang berjumpa atau terjumpa dengan ex bf/gf dorang sebab gf/bf  korang takut kalau cinta lama berputik kembali. Kalau luka lama berdarah kembali tu, takpalah juga sebab bf/gf korang takkan kembali lagi dengan ex gf/bf dorang. Tapi kalau tiada rasa apa2x atau tiada perasaan pun, lagi bagus, taklah gf/bf korang takut sangat. huhu ^^

2) Gf/bf korang tak suka kalau bf/gf dorang berkawan dengan kawan gf/bf korang sebab takut2x kalau bf/gf dorang jatuh hati kat kawan gf/bf korang terutamanya kawan baik gf/bf korang sebab nanti terjadi konflik dan putusnya persahabatan antara gf/bf korang dengan kawan gf/bf dorang atas satu perkataan iaitu PERAMPAS. 

3) Ex gf/bf korang paling tak suka kalau ex bf/gf dorang bercouple dengan kawan ex gf/bf korang setelah ex bf/gf dorang putuskan ex gf/bf korang. Paling pantang tu sebab ini boleh menyebabkan meletusnya perang dunia ke 123 dan boleh menyebabkan putusnya persahabatan.

Faham semuanya?
Jadilah fahamilah kesemua fakta ini.
Jika tak dapat nak faham, buat2x faham ja lah.
Okay ^^

Mulut tempayan bolehlah ditutup, mulut manusia?

Posted by Unknown at 1:33 PM 0 comments

Mulut tempayan bolehlah ditutup,
mulut manusia manalah boleh ditutup.
Hak dorang mahu bercakap apa2x pun.
Dorang hina kita?
Dorang umpat kita?
Dorang ejek kita?
Diamkan ja, mulut dorang kan.
Kita tiada hak pun mahu larang dorang.
Cuma diamkan ja, itulah yang terbaik.

Korang nak balaskah?
Nak hina balik?
Nak umpat balik?
Nak ejek balik?
Dah2x, tak payah nak mengada-ngada mahu balas balik.
Biarlah Allah ja yang balas.
Kalau janji Allah itu pasti,
pembalasanNya juga pasti, kan?

Tapi kalau korang nak balas juga, boleh ja.
Balas dengan DOA korang,
doakan supaya dorang berubah dan diampunkan oleh Allah.
Nak berdendam juga kah?
Boleh ja, dendami dorang dengan KEMAAFAN korang.
InsyaAllah , Allah merahmati kita.

huhu ^^
 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea