Wednesday, September 25, 2013

Aku dan Dia

Posted by Unknown at 4:41 PM

Aku dan dia bertemu kerana Allah. Bertemu dilaman muka buku.
Aku dan dia berkenalan kerana Allah. Berkenalan dilaman muka buku.
Aku dan dia berkawan kerana Allah. Berkawan dilaman muka buku.
Aku dan dia saling jatuh hati kerana Allah. Jatuh hati dilaman muka buku.

Aku dan dia saling mencintai dan menyayangi kerana Allah. Mencintai dan menyayangi setulus hati masing2x.
Aku dan dia saling merindu kerana Allah. Merindu disaat kami berjauhan.
Aku dan dia gembira kerana Allah. Gembira melalui detik2x manis.
Aku dan dia bersedih kerana Allah. Bersedih melalui detik2x pahit.

Aku dan dia bergaduh kerana Allah. Bergaduh kerana perselisihan faham.
Aku dan dia berbaik semula kerana Allah. Berbaik semula setelah permasalahan itu selesai.
Aku dan dia berubah kerana Allah. Berubah kejalan yang diredhai olehNya.

Dan kini aku dan dia berpisah juga kerana Allah.
Bukan kerana tak sehaluan tapi kerana aku, bukan dia.
Pasrah dan redha, itulah yang terbaik.

Satu ja aku pinta dari Yang Maha Esa.
"Jika dia ditakdirkan untukku, maka dekatkanlah hati kami berdua,
tapi jika dia bukan ditakdirkan untukku, maka jauhkanlah hati kami berdua"
InsyaAllah, kalau dah jodoh takkan kemana juga tu  ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea