Tuesday, October 8, 2013

Luahan Hati Si Hawa untuk Si Adam

Posted by Unknown at 11:42 AM

Kehadiran mu satu anugerah,
Mengenali mu satu kesyukuran,
Menyayangi mu satu kebahagiaan,
Merindui mu satu kemanisan,
Menanti mu satu kesabaran,
Dan meninggalkan mu satu KEBODOHAN.

Mungkin cinta KITA sudah MATI,
Tapi cinta ku pada mu takkan MATI,
Kerana ku masih mencintai dan menyayangi mu.

Akan ku simpan perasaan ini kemas2x didalam kotak hati ku,
Akan ku lupakan rasa ini buat seketika untuk mu,
Dan akan ku tebus semula perasaan ini setelah AKAD menghalalkan kita.

Bukan ku tak mahu menerima kau balik,
Bukan ku menolak kehadiran mu kembali,
Dan bukan niat ku melukakan kau.

Tapi sebenarnya aku takut,
Bukan aku takut dikecewakan,
Tapi aku takut mengecewakan kau lagi.

Percayalah,
Kau tak akan pernah MATI,
Dan akan selalu HIDUP,
bersama perasaan yang aku tinggalkan untuk mu dihati ini.

Aku iringi kau dengan DOA ku,
Semoga kau sentiasa dan akan selalu ceria dan tersenyum bersama orang2x yang menyayangi kau dan bersama orang2x yang kau sayang walaupun kita tak bersama lagi.
Jujur, aku sakit sangat bila tak dapat bersama kau lagi.

P/s : lalui hari2x mu dengan senyuman.
Tinggalkan tangisan mu,
kejarlah kebahagiaan dan kejayaan mu,
Yakin dan percayalah,
Jika kau dan aku ditakdirkan untuk bersama semula,
Kita akan bersatu kembali juga tu,
InsyaAllah ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea