Thursday, September 26, 2013

Tuhan Jagakan Dia

Posted by Unknown at 1:33 PM

Disaat kita tak lagi berjalan seiringan,
Disaat kita tak lagi sehaluan,
Disaat kita tak lagi sefahaman,
Disaat kita tak lagi berkongsi suka dan duka,
Disaat kita tak lagi bergelak ketawa,
Disaat kita tak lagi menangis bersama,
Dan disaat kita tak lagi bersama mengejar istana impian kita.

Cukup sahaja jikalau aku menangkupkan kedua tangan ku,
dan menadahnya ke langit,
lalu memohon kepada Allah,
memohon agar Dia menjaga kau,
menjaga kau walau dimana pun kau berada,
menjaga kau daripada perkara2x yang tidak baik,
menjaga kau daripada perkara2x yang boleh menyesatkan kau,
dan menjaga kau daripada orang2x yang ingin menganiayai kau.

Aku juga memohon kepada Allah,
memohon agar kau dan aku bahagia,
bahagia bersama orang yang kita sayang,
walaupun kita berdua tidak ditakdirkan untuk menjadi pasangan hidup antara satu sama lain.

Fi Hifzillah ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea