Saturday, September 14, 2013

Jangan terlalu

Posted by Unknown at 3:10 PM

Jangan terlalu,
berharap dan memberi harapan,
jika sesuatu itu masih belum pasti untuk kita.
Sebab kalau kita terlalu berharap dan memberi harapan,
kelak nanti kita akan rasa kecewa yang amat sangat.
Korang nak ke?

Jangan terlalu,
 sayang dan benci,
kepada seseorang yang belum pasti jodoh atau bukan jodoh kita,
sebab jika kita terlalu sayang kat seseorang itu,
takut nanti ia akan bertukar menjadi perasaan benci.
Begitu juga dengan benci,
jangan terlalu benci kat seseorang itu,
takut nanti ia akan bertukar menjadi perasaan sayang.
Nak juga ke begitu?

Jangan terlalu,
percaya kat seseorang itu.
kalau boleh tinggalkanlah sedikit keraguan untuk dirinya.
Kerana ia akan menyelamatkan kita daripada terjatuh dengan teruknya.
Taknak kan?

DAN,

Jangan terlalu,
suka berangan-angan,
kerana sesungguhnya ia tak baik untuk kesihatan.
Kalau nak juga berangan-angan,
maka capailah angan2x kamu itu.

Okay ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea