Tuesday, September 17, 2013

Jangan pernah (part ii)

Posted by Unknown at 2:43 PM

 Jangan pernah meninggalkan yang baik demi mencari yang lebih baik,
kerana apabila kamu meninggalkan yang baik itu,
belum tentu kamu akan berjumpa dengan yang lebih baik daripada apa yang ada dengan kamu sekarang ini.

Jangan pernah mencari yang sempurna tapi carilah yang boleh menyempurnakan,
kerana jika kamu yang sempurna,
belum tentu dia akan mampu untuk menyempurnakan kamu.

Jangan pernah mencari kekurangan yang ada pada diri si dia setelah dia menerima kamu seadanya,
kerana tindakan kamu ini boleh menyebabkan dia meninggalkan kamu.
Jangan menyesal kemudian hari, sudah.

Dan jangan pernah meninggalkan orang yang menyayangi kamu demi orang yang kamu sayang,
kerana orang yang kamu sayang itu,
belum tentu menyayangi kamu apalagi membahagiakan kamu.

Take note ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea