Friday, September 20, 2013

Tidak mudah

Posted by Unknown at 3:31 PM

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu bahagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan² orang yg menyakiti kita...

... Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan dihina,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bahagian dari penyucian diri...
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi...

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yg harus ditempuh.
Untuk mengawal kebahagiaan yg akan diberikan Allah sebagai penggantinya.

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa saat...

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yg terus mendera,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Serta menyedari itu bahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya... 


kan3x? ^^


0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea