Friday, October 4, 2013

Kebangkitan Sumandak Sabah

Posted by Unknown at 5:52 PM


Umurku masih muda lagi,
Boleh dikatakan belum matang lagi,
Perjalanan ku masih panjang,
Banyak lagi yang sedang menanti aku di hadapan sana.

Kenapa perlu aku bersedih sedangkan aku punyai kegembiraan yang besar iaitu ALLAH?
Kenapa perlu aku lemah sedangkan aku punyai kekuatan yang hebat iaitu ALLAH?
Kenapa perlu aku rasa keseorangan sedangkan aku punyai peneman setia iaitu ALLAH?
Dan kenapa perlu aku menagih kasih daripada orang yang tak sudi sedangkan aku punyai seorang yang ikhlas menyayangi aku iaitu ALLAH?

Setiap hari kau lalui,
Setiap hari aku tempuhi,
Dan setiap hari aku jalani.
Bukan dia tapi ALLAH.
Kekasihku yang setia menemani aku.

Disetiap tangisan ku, ALLAH ada.
Disetiap lemahnya aku, ALLAH ada.
Dan disetiap kejatuhan ku, ALLAH ada.

YA, ALLAH temanku.

Apakah aku masih perlu bersedih kerana si dia meninggalkan aku?
Apakah aku masih perlu terseksa kerana si dia tidak mempedulikan aku lagi?
Dan apakah aku masih perlu merana kerana si dia tidak menyayangi aku lagi?

TIDAK, kerana aku ada ALLAH sebagai kekasi setia ku.

Aku tak perlukan si dia yang tak menyayangi kau lagi,
Aku tak perlukan si dia yang tak mempedulikan aku lagi,
Dan aku tak perlukan si dia yang tak menghargai aku.

CUKUP, CUKUP sahaja aku punyai ALLAH.

Aku gembira kerana ALLAH,
Dan aku bahagia kerana ALLAH.

ALLAH kekuatan ku,
ALLAH kegembiraan ku,
ALLAH kebahagiaan ku,
Dan ALLAH juga kebangkitan ku.

YA, aku perlu bangkit meniti hari2x ku,
Mengharungi perjalanan ku,
Dan menempuhi halangan ku.

Aku tak perlu takut kerana aku ada ALLAH,
Aku perlu melupakan si dia yang telah melupakan aku,
Dia bahagia aku juga boleh bahagia.
Tiada lagi tangisan yang ada hanyalah senyuman.

Aku bangkit kerana MU ya ALLAH.
Bantulah aku,
Pimpinlah aku,
Kekasih sejatiku,
Teman sejatiku,
Sahabat setiaku.

Hanya KAU, ALLAH.
Siapa pun yang KAU jodohkan kepada ku,
Aku terima seadanya.

Thank you so much ALLAH ^^

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea