Thursday, October 10, 2013

Kehidupan SINGLE

Posted by Unknown at 5:12 PM


Kehidupan single memang sepi,
Kehidupan single memang sunyi,
Dan kehidupan single memang hambar.

Disaat kita bersedih, tiada tempat mengadu.
Disaat kita gembira, tiada tempat berkongsi,
Disaat kita terjatuh, tiada yang bangunkan,
Dan disaat kita ingin bangkit, tiada yang bagi dorongan.

Segala-galanya tidak sempurna,
Segala-galanya kucar kacir,
Segala-galanya tidak menjadi.

Ingin sahaja aku meluahkannya,
Ingin sahaja aku melepaskannya,
Dan ingin sahaja aku mengeluarkannya.

Meluahkan apa yang aku rasa,
Melepaskan apa yang terbuku,
Dan mengeluarkan apa yang terpendam.

Terasa sakit sangat,
Bila bersendirian,
Tanpa hadirnya seseorang untuk menggembirakan kita.

Menangis tatkala sendiri,
Mengenangkan keadaan diri yang tak berteman,
Sayu sangat hati ini.

Siapa yang tahu?
Siapa yang mengerti?
Dan siapa yang setia menemani?

Ya, hanya ALLAH.

Itulah single,
Walaupun begitu, ALLAH sentiasa ada untuk kita.

Ubah persepsi,
Jangan bersedih, Berbahagialah.
InsyaAllah,
Kebahagiaan akan datang kedalam hidup kita,
Suatu hari nanti,

InsyaAllah, Aamiinn :')

0 comments:

Post a Comment

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea