Sunday, October 13, 2013

Cinta (part iii)

Posted by Unknown at 1:14 PM 0 comments
Nak cari cinta sebenar,
Maka carilah cinta ALLAH.
Kerana hanya cinta ALLAH sahaja yang sebenar.

Tiada cinta yang suci selain cinta ALLAH,
Tiada cinta yang sejati selain cinta ALLAH,
Dan tiada cinta yang kekal selain cinta ALLAH.

Kejar cinta ALLAH jika ingin mengejar cinta hamba-hambaNYA,
Dan cintailah hamba-hambaNYA kerana cinta ALLAH,

Cinta yang bersyurgakan cinta ALLAH amatlah membahagiakan berbanding dengan cinta manusia yang kebanyakannya hanyalah menderitakan.
Cinta yang berpandukan cinta ALLAH adalah cinta real berbanding dengan cinta manusia yang kebanyakannya hanyalah palsu semata.
Dan cinta yang berpetunjukkan cinta ALLAH adalah cinta yang terhindar daripada terpesong dari jalanNYA berbanding dengan cinta manusia yang kebanyakkannya membawa ke jalan yang hina.

Ingatlah,
Tiada cinta yang high class selain cinta ALLAH,
Tiada cinta yang terbaik selain cinta ALLAH,
Dan tiada cinta yang mengujakan selain cinta ALLAH.

Kejarlah cinta mu kerana ALLAH,
InsyaAllah,
Cinta ALLAH kita dapat Cinta si dia pun kita dapat ^^

Sahabat

Posted by Unknown at 12:05 PM 0 comments

Sahabat bukan satu tapi berjuta,
Sahabat bukan untuk diguna tapi untuk dijaga,
Sahabat bukan untuk dimusuhi tapi untuk disayangi,
Sahabat bukan untuk sementara tapi untuk selamanya,
Sahabat bukan untuk dilupakan tapi untuk diingati,
Sahabat bukan untuk ditinggalkan tapi untuk dirindui,
Sahabat bukan hanya disini tapi hingga hujung nyawa.

Sahabat adalah orang yang sentiasa dan selalu ada untuk kita,
Ada dimana-mana,
Bila-bila masa,
Dan ketika kita memerlukan mereka.

Sahabat membetulkan kita dikala kita salah,
Sahabat mengajar kita dikala kita tidak tahu,
Dan sahabat memimpin kita ke jalan ALLAH dikala kita tersesat.

Berapa lama kita kenal?
Sehari atau setahun,
Bukanlah penghalang untuk kita bersahabat,
Berapa jauh jarak antara kita?
Dikutub utara atau selatan,
Bukanlah pemisah untuk kita bersahabat.

Bersahabat kerana ALLAH,
Ikhlas kerana ALLAH,
InsyaAllah, akan kekal,
Menjadi sahabat selamanya,
Didunia juga diakhirat.
Aamiinn ^^



Thursday, October 10, 2013

'dia'

Posted by Unknown at 5:18 PM 0 comments


'dia' 
Tak seperti mereka,
Tak secantik mereka,
Tak sebaik mereka,

'dia'
Banyak sangat kekurangannya,
Banyak sangat kelemahannya,

'dia'
Selalu buat orang yang 'dia' sayang marah,
Selalu buat mereka sakit hati,
Selalu menyusahkan mereka,

'dia'
Ingin meminta maaf,
Sejujurnya, 'dia' sayang sangat kat semua orang yang 'dia' sayang,
Terutamanya DIA, capital S :)

LYSM "abg" ^^

Kehidupan SINGLE

Posted by Unknown at 5:12 PM 0 comments


Kehidupan single memang sepi,
Kehidupan single memang sunyi,
Dan kehidupan single memang hambar.

Disaat kita bersedih, tiada tempat mengadu.
Disaat kita gembira, tiada tempat berkongsi,
Disaat kita terjatuh, tiada yang bangunkan,
Dan disaat kita ingin bangkit, tiada yang bagi dorongan.

Segala-galanya tidak sempurna,
Segala-galanya kucar kacir,
Segala-galanya tidak menjadi.

Ingin sahaja aku meluahkannya,
Ingin sahaja aku melepaskannya,
Dan ingin sahaja aku mengeluarkannya.

Meluahkan apa yang aku rasa,
Melepaskan apa yang terbuku,
Dan mengeluarkan apa yang terpendam.

Terasa sakit sangat,
Bila bersendirian,
Tanpa hadirnya seseorang untuk menggembirakan kita.

Menangis tatkala sendiri,
Mengenangkan keadaan diri yang tak berteman,
Sayu sangat hati ini.

Siapa yang tahu?
Siapa yang mengerti?
Dan siapa yang setia menemani?

Ya, hanya ALLAH.

Itulah single,
Walaupun begitu, ALLAH sentiasa ada untuk kita.

Ubah persepsi,
Jangan bersedih, Berbahagialah.
InsyaAllah,
Kebahagiaan akan datang kedalam hidup kita,
Suatu hari nanti,

InsyaAllah, Aamiinn :')

Tuesday, October 8, 2013

Penangan FACEBOOK

Posted by Unknown at 12:03 PM 0 comments
Semuanya bermula disini,
Aku dan dia sama2x SIGN IN untuk LOG IN kat FACEBOOK,
Selepas itu masing2x SET UP PROFILE sendiri,
Alhamdulillah, dah COMPLETE 100%,
Suatu hari, aku dan dia jalan2x kat HOME,
Tiba2x aku dan dia terserempak kat satu PAGE ni,
Kami berdua saling berbalas COMMENT,
Tak lama lepas tu,
Dia ADD aku dan aku mengAPPROVEnya,
Alhamdulillah, kami kini jadi FRIEND,

Dari situ, kami mula berCHATTING untuk mengenali antara satu sama lain,
Kami akan berbalas INBOX jika salah seorang dari kami OFFLINE,
Aku dan dia selalu UPDATE STATUS dan terkadang mengUPLOAD PICTURE masing2x bila kami berdua ONLINE,
RELATIONSHIP antara kami semakin rapat,

Hinggalah suatu hari,
Aku NOTIFICATIONkan perasaan ku kat dia,
Alhamdulillah, dia CONFIRMkan juga,
Kini kami berdua IN A RELATIONSHIP,
TIMELINE semakin berlalu,
Hubungan kami semakin kukuh,
Kerana kami selalu UPGRADEkan SETTING dan PRIVACY hati masing2x,
Oleh kerana aku dah ENTER kat hati dia,
Dan dia juga dah ENTER kat hati aku,
Kami masing2x menguatkan SECURITY hati masing2x,
bagi mengelakkan hati kami diHACKED,
Kami berkongsi segala2xnya dan saling HELP antara satu sama lain,
Tapi itu dulu, NOT NOW,
Aku ingin sangat SHARE semua perasaan aku kat dia yang aku LIKE,
Tapi tak boleh dah kerana aku dah diREMOVE dari hatinya,
Disebabkan terlalu banyak diEDITED penipuan antara kami,
Kini kisah kami berdua menjadi HISTORY,
Aku tak akan DELETE semua kenangan bersama dia,
Walaupun kami berdua dah LOG OUT dari hati masing2x,
Akan ku SAVE buat selamanya,
Kerana aku masih menyayanginya dan akan selalu menantinya,
Aku SINGLE untukmu,

The End ^^

Luahan Hati Si Hawa untuk Si Adam

Posted by Unknown at 11:42 AM 0 comments

Kehadiran mu satu anugerah,
Mengenali mu satu kesyukuran,
Menyayangi mu satu kebahagiaan,
Merindui mu satu kemanisan,
Menanti mu satu kesabaran,
Dan meninggalkan mu satu KEBODOHAN.

Mungkin cinta KITA sudah MATI,
Tapi cinta ku pada mu takkan MATI,
Kerana ku masih mencintai dan menyayangi mu.

Akan ku simpan perasaan ini kemas2x didalam kotak hati ku,
Akan ku lupakan rasa ini buat seketika untuk mu,
Dan akan ku tebus semula perasaan ini setelah AKAD menghalalkan kita.

Bukan ku tak mahu menerima kau balik,
Bukan ku menolak kehadiran mu kembali,
Dan bukan niat ku melukakan kau.

Tapi sebenarnya aku takut,
Bukan aku takut dikecewakan,
Tapi aku takut mengecewakan kau lagi.

Percayalah,
Kau tak akan pernah MATI,
Dan akan selalu HIDUP,
bersama perasaan yang aku tinggalkan untuk mu dihati ini.

Aku iringi kau dengan DOA ku,
Semoga kau sentiasa dan akan selalu ceria dan tersenyum bersama orang2x yang menyayangi kau dan bersama orang2x yang kau sayang walaupun kita tak bersama lagi.
Jujur, aku sakit sangat bila tak dapat bersama kau lagi.

P/s : lalui hari2x mu dengan senyuman.
Tinggalkan tangisan mu,
kejarlah kebahagiaan dan kejayaan mu,
Yakin dan percayalah,
Jika kau dan aku ditakdirkan untuk bersama semula,
Kita akan bersatu kembali juga tu,
InsyaAllah ^^

Friday, October 4, 2013

Kebangkitan Sumandak Sabah

Posted by Unknown at 5:52 PM 0 comments


Umurku masih muda lagi,
Boleh dikatakan belum matang lagi,
Perjalanan ku masih panjang,
Banyak lagi yang sedang menanti aku di hadapan sana.

Kenapa perlu aku bersedih sedangkan aku punyai kegembiraan yang besar iaitu ALLAH?
Kenapa perlu aku lemah sedangkan aku punyai kekuatan yang hebat iaitu ALLAH?
Kenapa perlu aku rasa keseorangan sedangkan aku punyai peneman setia iaitu ALLAH?
Dan kenapa perlu aku menagih kasih daripada orang yang tak sudi sedangkan aku punyai seorang yang ikhlas menyayangi aku iaitu ALLAH?

Setiap hari kau lalui,
Setiap hari aku tempuhi,
Dan setiap hari aku jalani.
Bukan dia tapi ALLAH.
Kekasihku yang setia menemani aku.

Disetiap tangisan ku, ALLAH ada.
Disetiap lemahnya aku, ALLAH ada.
Dan disetiap kejatuhan ku, ALLAH ada.

YA, ALLAH temanku.

Apakah aku masih perlu bersedih kerana si dia meninggalkan aku?
Apakah aku masih perlu terseksa kerana si dia tidak mempedulikan aku lagi?
Dan apakah aku masih perlu merana kerana si dia tidak menyayangi aku lagi?

TIDAK, kerana aku ada ALLAH sebagai kekasi setia ku.

Aku tak perlukan si dia yang tak menyayangi kau lagi,
Aku tak perlukan si dia yang tak mempedulikan aku lagi,
Dan aku tak perlukan si dia yang tak menghargai aku.

CUKUP, CUKUP sahaja aku punyai ALLAH.

Aku gembira kerana ALLAH,
Dan aku bahagia kerana ALLAH.

ALLAH kekuatan ku,
ALLAH kegembiraan ku,
ALLAH kebahagiaan ku,
Dan ALLAH juga kebangkitan ku.

YA, aku perlu bangkit meniti hari2x ku,
Mengharungi perjalanan ku,
Dan menempuhi halangan ku.

Aku tak perlu takut kerana aku ada ALLAH,
Aku perlu melupakan si dia yang telah melupakan aku,
Dia bahagia aku juga boleh bahagia.
Tiada lagi tangisan yang ada hanyalah senyuman.

Aku bangkit kerana MU ya ALLAH.
Bantulah aku,
Pimpinlah aku,
Kekasih sejatiku,
Teman sejatiku,
Sahabat setiaku.

Hanya KAU, ALLAH.
Siapa pun yang KAU jodohkan kepada ku,
Aku terima seadanya.

Thank you so much ALLAH ^^

Thursday, October 3, 2013

Bukan Bermakna

Posted by Unknown at 5:02 PM 0 comments


Dia tak layan kau bukan bermakna dia sombong,
Tapi dia takut nanti tanpa dia sedari dia telah bagi harapan kat kau.

Dia menjauhi kau bukan bermakna dia benci kau,
Tapi dia takut untuk berharap sesuatu yang belum pasti lagi buatnya.

Dia tersenyum bukan bermakna dia gembira apabila kau ditinggalkan dia,
Tapi sudah penat menangis untuk orang yang tak pernah nak hargai dia.

Dia balas balik semua perbuatan kau kat dia bukan bermakna dia nak balas dendam kat kau,
Tapi dia nak bagi kau pengajaran betapa pentingnya untuk menhghargai.

Dia tak nak terima kau balik bukan bermakna dia tak sayang dah kat kau,
Tapi dia takut tersilaap langkah dan terjatuh lagi pada hati yang salah.

Dan dia ambil berat kat kau bukan bermakna dia cinta kat kau,
Tapi dia sebenarnya kesian kat kau kerana kau telah mensia2xkan orang yang selama ini cinta mati kat kau.

P/s : Setiap perlakuan ada maknanya tersendiri.
Semuanya ada maknanya dan bukan bermakna semuanya kena maknanya kat kita.
Belajarlah untuk "melencong" sedikit agar tidak kecewa sangat apabila mengetahui pengertian sebenarnya.
Dan belajarlah untuk menerima dan berfikiran positif setelah mengetahui pengertian sebenarnya.

okay ^^

Wednesday, October 2, 2013

Penantian

Posted by Unknown at 5:29 PM 0 comments


Penantian itu bukanlah satu penyiksaan bahkan satu penderitaan buat kita.
Sebenarnya penantian itu amatlah indah.
Ia memberi kita banyak pengajaran.

Kita belajar untuk bersabar,
Kita belajar untuk tabah,
Kita belajar untuk kuat,
Kita belajar untuk setia,
Kita belajar untuk merindu,
Dan kita belajar untuk saling percaya.

Semua ini secara tidak langsung telah terdidik dan tersemai didalam diri kita.
Bahkan telah sebati dalam jiwa kita.
Memanglah tidak dinafikan penantian itu,
Terkadang menyiksa jiwa kita,
Perasaan kita,
Juga hati kita.

Tapi yakinlah,
Setiap penantian itu akan mendapat HADIAH,
Bahkan kebahagiaan yang sangat besar buat kita.
Segala kerinduan,
Kesabaran,
Dan segala macam perasaan,
Akan terlerai juga.

Dan yakinlah,
Penantian itu sungguh manis,
Bahkan mengalahkan kek, gula2x, aiskrim,
Dan segala benda2x yang manis tu.
Huhu

P/s : Sesungguhnya penantian yang tidak berpenghujung itu, amatlah menyakitkan.
Entah bila dan dimana ia akan berakhir.
Siapa tahu?
Allah lah Yang Maha Mengetahuinya ^^

Friday, September 27, 2013

Kisah pemadam dan pensel

Posted by Unknown at 4:54 PM 0 comments


PENSEL : Saya minta maaf...

PEMADAM : Untuk apa? Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya, awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak, awak menjadi semakin kecil.

PEMADAM : Jangan bimbang, saya langsung tidak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang, saya bangga dengan kerja saya ni. Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih...

JIKA kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada seseorang, cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN seseorang

sharing is caring ^^

5 Pesanan buat mu Wahai Diri

Posted by Unknown at 4:42 PM 0 comments

♫♥ 5 Pesanan Buat Mu Wahai DIRI ♫♥

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
... ...
 4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI...

 ~ Muhasabah Diri ~ ^^

Pencuri hati ku

Posted by Unknown at 4:28 PM 0 comments

Dalam Banyak2x Pencuri Hati aku...
Kau la pencuri hati yang paling aku kagumi..
Begitu lamanya mengambil hati aku..
sehingga kan...yang melintas depan mata ku kan...aku buat tidak tahu..
... Kejamkah aku?? huhuhu...
Walaupun apa-apa yng Terjadi Hati Ku Sudah kau miliki..
akan ku tetap mencintaimu...
cuma hati kau sahaja yang kau tak bagi..

dan Kini aku Hidup Keseorangan Diri...KeSedihan Melanda Diri..
Sehensem mana pun yg Datang..Aku Tetap Kagumi kau..
Aku Tidak Peduli Apa Yang Kawan aku Cakapkan..
Mereka tak suka kat kau...tetapi aku tak peduli juga...
mereka terus BerPutus Asa...Tetapi aku Tidak..
Selagi Ada Waktu..Selagi Itu Ada Rindu

Yupp, kau lah.. capital S ^^

Pintu

Posted by Unknown at 4:24 PM 0 comments

✿Pintu SYURGA menjanjikan KENIKMATAN.. 
✿Pintu NERAKA mengotakan PEMBALASAN.
.✿Pintu HIDAYAH menyuluh IMAN.. 
✿Pintu IMAN membenteng KEKUFURAN..
 ✿Pintu TAUBAT mensucikan noda KEMAKSIATAN..... 
✿Pintu HATI mendambakan KEREDHAAN..
✿Pintu REZEKI melimpahkan KEBAHAGIAAN..
✿Pintu ILMU melahirkan CENDIKIAWAN..
✿Pintu PERTAHANAN menjamin KESTABILAN..
✿Pintu KETERBUKAAN menggalakkan KEMAJUAN..
✿Pintu UKHUWAH menghubungkan KEMESRAAN..
 ✿Pintu REZEKI melimpahkan KEBAHAGIAAN.. 
✿Pintu ILMU melahirkan CENDIKIAWAN.. 
✿Pintu PERTAHANAN menjamin KESTABILAN.. 
✿Pintu KETERBUKAAN menggalakkan KEMAJUAN.. 
✿Pintu UKHUWAH menghubungkan KEMESRAAN..

huhu ^^

CINTA bah

Posted by Unknown at 4:22 PM 0 comments

Tak perlu di cari kerana dia akan datang dengan sendirinya...
Kalau di cari dia belum tentu akan kekal lama..
Malah akan membuatkan diri kita menderita kerananya..
Aku pernah merasakannya.
Aku pernah mencarinya..
Dan aku pernah merasakan betapa sakitnya apabila terpaksa menelan kepahitannya..
Oleh itu,, aku sudah berazam tidak akan mencarinya..
Dan hanya akan menanti dia datang dengan sendirinya..
Dan juga berharap agar dia dapat memberikan aku kemanisannya.
InsyaAllah, Aamiinn ^^

Tapi apakah DIA??
huhu, CINTA bah ^^

Thursday, September 26, 2013

Cinta (part ii)

Posted by Unknown at 2:17 PM 0 comments

Cinta adalah anugerah yang terindah daripada Allah kepada kita.
Jika manusia dapat menilai kesucian dan menghargai pemberian Allah ini.
Dan tidak mencemarkan anugerah ini dengan membawa cinta ini ke jalan yang hina.

Cinta ini amatlah mulia dan amatlah bermurah hati,
kerana cinta ini tak pernah meminta,
tapi selalu memberi.
Memberi dengan seikhlas mungkin tanpa mengharapkan balasan.

Cinta ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu :
1) Cinta atas Fitrah : lahir didalam hati manusia tanpa dipaksa, terpaksa atau kerana ingin mendapatkan sesuatu itu.
2) Cinta atas Nafsu : lahir didalam hati manusia kerana dipaksa, terpaksa dan kerana ingin mendapatkan sesuatu itu.

Percayalah,
Bercinta atas cinta Fitrah itu, insyaAllah akan kekal.
Manakala, bercinta atas Nafsu itu, insyaAllah takkan kekal.

Cinta tak semestinya memiliki si dia,
Cinta tak semestinya hidup bersama si dia,
Cinta tak semestinya bahagia bersama si dia.

Tapi cinta adalah sentiasa bersedia merelakan pemergian si dia demi kebahagiaannya.
Cinta adalah sentiasa ingin berbagi kasih sayang si dia dengan orang lain.
Cinta adalah pengorbanan kita untuk dia dan kegembiraannya.

Cinta sebenar adalah cinta kerana cinta Allah ^^

Airmata

Posted by Unknown at 2:05 PM 0 comments

Allah sayangkan kita, sebab itulah Dia ciptakan airmata untuk kita.
Airmata untuk memadamkan semua kesedihan kita.
Airmata untuk menghapuskan kesakitan kita.
Airmata untuk melenyapkan kelukaan kita.

Disaat kita bersedih, kita biarkan airmata ini keluar.
Disaat kita disakiti, kita biarkan airmata ini mengalir.
Disaat kita terluka, kita biarkan airmata ini menitis.

Airmata inilah saksi hidup kita. Pahit manis dan segala2xnya.
Airmata inilah teman sejati kita. Ada bila2x dan dimana sahaja saat diperlukan.
Airmata inilah kurniaan terindah daripada Allah. Yang mempunyai kuasa terhebat.

Dan airmata inilah bukti kasih sayang kita terhadap seseorang itu,
kerana airmata ini hanya akan dititiskan untuk orang yang betul2x kita sayang.

Tips untuk melupakan orang yang kita sayang tetapi telah pun meninggalkan kita
:: jangan menangis apabila kita ditinggalkan oleh dia yang kita sayang kerana tiap butir mutiara yang jatuh dipipi kita itu akan makin mengingatkan kita betapa kita langsung tak rela melepaskan dia pergi meninggalkan kita ::

huhu ^^

Lain Dulu Lain Sekarang

Posted by Unknown at 1:56 PM 0 comments

Kalau dulu, apabila aku bangun pagi, aku tahu bahawa aku memiliki dia.
Tapi sekarang apabila aku bangun pagi, aku tahu bahawa aku tak memiliki dia lagi.

Kalau dulu apabila aku tersenyum, senyuman ku  untuk dia.
Tapi sekarang apabila aku tersenyum, senyuman ku bukan lagi untuk dia.

Kalau dulu aku menangis bukan sebab aku terluka oleh dia tapi sebab aku gembira bersama dengan dia.
Tapi sekarang aku menangis bukan sebab aku gembira bersama dia tapi sebab aku terluka berpisah dengan dia.

Kalau dulu aku bersemangat kerana aku punyai dia.
Tapi sekarang semangat ku hilang kerana aku kehilangan dia.

Kalau dulu setiap hari aku menantikan khabar darinya.
Tapi sekarang setiap hari aku hanya berharap agar dia sihat2x sahaja kerana khabarnya takkan ku terima lagi.

Kalau dulu hari2x ku menjadi indah kerana adanya dia.
Tapi sekarang hari2x ku tak seindah dulu kerana tiadanya dia.

Benarlah kata orang " lain dulu lain sekarang"
Masa depan pula, bagaimana?
Seriously, aku rindu yang dulu dan aku benci yang sekarang.
Tapi apa2x pun hidup mesti diteruskan.

hiho ^^

Tuhan Jagakan Dia

Posted by Unknown at 1:33 PM 0 comments

Disaat kita tak lagi berjalan seiringan,
Disaat kita tak lagi sehaluan,
Disaat kita tak lagi sefahaman,
Disaat kita tak lagi berkongsi suka dan duka,
Disaat kita tak lagi bergelak ketawa,
Disaat kita tak lagi menangis bersama,
Dan disaat kita tak lagi bersama mengejar istana impian kita.

Cukup sahaja jikalau aku menangkupkan kedua tangan ku,
dan menadahnya ke langit,
lalu memohon kepada Allah,
memohon agar Dia menjaga kau,
menjaga kau walau dimana pun kau berada,
menjaga kau daripada perkara2x yang tidak baik,
menjaga kau daripada perkara2x yang boleh menyesatkan kau,
dan menjaga kau daripada orang2x yang ingin menganiayai kau.

Aku juga memohon kepada Allah,
memohon agar kau dan aku bahagia,
bahagia bersama orang yang kita sayang,
walaupun kita berdua tidak ditakdirkan untuk menjadi pasangan hidup antara satu sama lain.

Fi Hifzillah ^^

Langkah untuk atasi CEMBURU BUTA

Posted by Unknown at 1:16 PM 0 comments

Langkah untuk atasi CEMBURU BUTA :

1) Kenalpasti punca perasaan cemburu.
2) Jangan berfikir bukan2x atau berpransangka buruk pada pasangan.
3) Berfikir sebelum melakukan sesuatu itu kerana ia mungkin akan melukakan hati pasangan.
4) Yakin dengan keistimewaan sendiri.
5) Ketika perasaan cemburu datang, banyakkan beristighfar.
6) Berkomunikasi dengan pasangan dan luahkan isi hati agar pasangan anda faham bahawa anda seorang yang sensitif dan tahap cemburu anda adalah tinggi.
7) Berdoa kepada Allah agar membuang sikap negatif dalam diri.
8) Hiasi diri dengan budi bahasa dan peribadi yang disenangi oleh pasangan.

# Cuba amalkan langkah2x ini, insyaAllah bermanfaat untuk masa depan anda dan pasangan anda.
hehe ^^

Wednesday, September 25, 2013

Perpisahan ini

Posted by Unknown at 4:51 PM 0 comments

Setiap permulaan mesti ada pengakhirannya.
Setiap kemanisan mesti ada kepahitannya.
Setiap gelak ketawa mesti ada tangisannya.
Dan setiap pertemuan mesti ada perpisahannya.

Semua ini bukan dirancang, tapi sudah menjadi lumrah kehidupan.
Lumrah kehidupan manusia didunia.
Tiada yang kekal kerana semuanya adalah sementara.
Sesiapa pun tak menginginkan semua itu terjadi, apalagi terpaksa mengalami tempoh perpisahan.
Perpisahan dengan orang yang tersayang.

Memang menyakitkan tapi itulah kenyataan yang harus kita terima.
Memang menyedihkan tapi itulah lumrah yang harus diredhakan.
Memang menyiksakan tapi itulah dunia yang hanyalah sementara.

Tapi ingatlah, semua yang terjadi ini ada hikmahnya.
Termasuk perpisahan kita dengan orang yang kita sayang.
Kita harus tabah, redha dan yakin dengan perancangan Allah.
InsyaAllah itulah yang terbaik untuk kita sabagai hamba2xNya.

 

Kisah Kami Berdua Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea